Kaedah rawatan membagih di Kampung Pasir Mas, Kelantan
Makalah ini membincangkan perubatan tradisional Melayu yang berfokus terhadap kaedah rawatan membagih yang popular di Kampung Pasir Mas Kelantan. Kaedah rawatan membagih amat unik kerana tidak memerlukan sebarang peralatan muzik tradisional, tiada nyanyian serta tidak mempunyai persembahan tarian...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13133/ http://journalarticle.ukm.my/13133/ http://journalarticle.ukm.my/13133/1/28670-87563-1-SM.pdf |
Summary: | Makalah ini membincangkan perubatan tradisional Melayu yang berfokus terhadap kaedah
rawatan membagih yang popular di Kampung Pasir Mas Kelantan. Kaedah rawatan
membagih amat unik kerana tidak memerlukan sebarang peralatan muzik tradisional, tiada
nyanyian serta tidak mempunyai persembahan tarian. Proses rawatan membagih dijalankan di
hadapan khalayak penonton yang memerlukan satu ruang kecil seperti ruang tamu. Kaedah
rawatan ini melibatkan pengamal perubatan yan dikenali sebagai Tok Bagih dan
pembantunya yang dikenali sebagai jurubangso. Makalah ini bertujuan meneliti upacara
rawatan membagih untuk mengubati penyakit angin kejiwaan dan penyakit bukan angin
kejiwaan. Di samping itu, makalah ini menjelaskan upacara ‘menyiruk’ penyakit yang
ditanggung oleh pesakit. Data dan maklumat penulisan makalah ini diperoleh melalui kajian
lapangan seperti pemerhatian turut serta, temu bual bersama Tok Bagih, jurubangso dan
pesakit yang dirawat. Kajian kepustakaan turut dilakukan bagi memperoleh maklumat awal
berkenaan tajuk ini. Dapatan penulisan ini menunjukkan berlaku proses menurun semasa
rawatan dijalankan dan tok bageh memerlukan jurubangso sebagai pengantara rawatan.
Penulisan ini juga mendapati terdapat beberapa bahan rawatan yang perlu disediakan oleh
keluarga pesakit semasa rawatan dijalankan iaitu bertih, sirih pinang, kapur, buah pinang, air
mentah, air mentah yang direndamkan dengan bedak sejuk, telur dadar, telur, pulut kuning
semangat, beberapa biji pisang lemak manis, bunga melur, kemenyan, benang mentah, bedak
sejuk, duit pengeras RM 2.25 sen, beras kunyit, bantal. Melalui pendokumentasian ini
diharapkan kaedah rawatan secara membagih dapat diperkenalkan kepada masyarakat umum
dan dapat menyumbang kepada bidang kajian perubatan tradisional masyarakat Melayu. |
---|