Analisis Wajah Seorang Wanita menerusi tu’minubillah dalam sastera Profetik
Kajian ini menumpukan penelitian terhadap perwatakan dalam penghasilan novel Melayu, bagi membuktikan bahawa sastera Melayu memiliki peranan dalam menumbuhkan nilai-nilai profetik, perkembangan intelektual dan sosial masyarakat. Kajian sastera mampu memberi unsur pendidikan lebih-lebih lagi dalam...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13131/ http://journalarticle.ukm.my/13131/ http://journalarticle.ukm.my/13131/1/28664-87553-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian ini menumpukan penelitian terhadap perwatakan dalam penghasilan novel Melayu,
bagi membuktikan bahawa sastera Melayu memiliki peranan dalam menumbuhkan nilai-nilai
profetik, perkembangan intelektual dan sosial masyarakat. Kajian sastera mampu memberi
unsur pendidikan lebih-lebih lagi dalam konteks pemaparan nilai-nilai profetik menerusi
perwatakan dalam novel. Hal ini kerana novel merupakan cerminan tentang peristiwa yang
berlaku atau citra kehidupan manusia. Sastera menerusi keprofetikan mampu membangunkan
keperibadian dan menanamkan nilai positif dalam diri masyarakat. Kajian ini menganalisis
novel Wajah Seorang Wanita karya S.Othman Kelantan dari perspektif Gagasan Profetik oleh
Kuntowijoyo. Kajian ini menemukan bahawa menerusi perspektif Gagasan Profetik,
S.Othman Kelantan memperagakan ketekalannya untuk mengangkat watak-watak dalam
novel dengan menyelitkan satu bentuk perutusan yang perlu dimaknai khalayak. Ini berlaku
ke atas Wajah Seorang Wanita yang dianalisis menggunakan etika tu’minubillah, salah satu
daripada etika Sastera Profetik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, pemeragaan watak
wanita lewat Wajah Seorang Wanita menjadi suatu puncak tertinggi yang menggambarkan
ciri-ciri umat terbaik. Watak Siti Musalmah dikesani menepati etika tu’minubillah. Kajian ini
merumuskan bahawa S.Othman Kelantan bukan sahaja mengangkat isu keprofetikan terhadap
perwatakan dalam novel, malahan sifat tersebut juga sangat terserlah melalui karya dan aspek
latar diri pengarang sehingga merentas kepada akar tradisi Melayu-Islamnya. |
---|