Islam dalam persembahan Dikir Al-Burdah oleh Pertubuhan Badan Kesenian dan Kebudayaan, Kampung Sessang, Sarawak
Kajian ini bertitik tolak daripada tanggapan umum yang menganggap bahawa Dikir Al- Burdah di Sarawak merupakan satu kegiatan seni persembahan yang berkaitan dengan Islam. Tanggapan ini terkandung dalam tulisan-tulisan awal yang rata-rata mengaitkan Dikir Al- Burdah dengan tradisi al-Qasidah al-Mi...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13128/ http://journalarticle.ukm.my/13128/ http://journalarticle.ukm.my/13128/1/28659-87545-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian ini bertitik tolak daripada tanggapan umum yang menganggap bahawa Dikir Al-
Burdah di Sarawak merupakan satu kegiatan seni persembahan yang berkaitan dengan Islam.
Tanggapan ini terkandung dalam tulisan-tulisan awal yang rata-rata mengaitkan Dikir Al-
Burdah dengan tradisi al-Qasidah al-Mimiyah oleh al-Busiri@al-Busairi, iaitu seorang ulama
tasawuf di Mesir. Perkataan “burdah” itu juga turut dikaitkan dengan Rasulullah s.a.w. Tidak
kurang penting ialah fokus tulisan-tulisan awal yang lebih membicarakan soal sejarah, latar
belakang, bentuk serta fungsi persembahan Dikir Al-Burdah di Sarawak. Kecenderungan ini
mengundang satu penelitian terhadap Dikir Al-Burdah di Sarawak khususnya soal kaitannya
dengan Islam, selain mencatatkan kegiatan semasa Dikir Al-Burdah di Kampung Sessang,
Sarawak. Justeru, kajian ini diusahakan untuk merealisasikan tiga objektif, iaitu mencatatkan
kegiatan semasa Dikir Al-Burdah di Kampung Sessang, menganalisis lirik Dikir Al-Burdah
menurut kerangka Formalisme, dan merumuskan soal perkaitan antara Dikir Al-Burdah di
Sarawak dengan Islam. Kajian ini mengguna pakai pendekatan kualitatif, khususnya kaedah
wawancara dan kaedah analisis isi kandungan. Hasil kajian mendapati kegiatan persembahan
Dikir Al-Burdah di Kampung Sessang, Sarawak pada masa kini dijalankan secara aktif oleh
Pertubuhan Badan Kesenian dan Kebudayaan yang ditubuhkan pada 2010. Pertubuhan ini
turut mempersembahkan lagu dalam bahasa Melayu yang dinukilkan sendiri oleh ahli
pertubuhan tersebut, antaranya bertajuk “Zikir Al-Burdah” dan “Pemimpin”. Analisis
mendapati bahawa lirik lagu “Zikir Al-Burdah” mengutarakan mesej tentang kemuliaan para
rasul, manakala lirik lagu “Pemimpin” mengutarakan mesej tentang peri pentingnya
kepemimpinan yang adil. Kedua-dua mesej ini didapati sejajar dengan ajaran Islam. |
---|