Program pemulihan di dalam penjara bagi pesalah jenayah: kajian di Jabatan Penjara Malaysia
Dalam memahami konsep kepenjaraan pada masa ini, penjara sebenarnya bukan sahaja merupakan tempat untuk menghukum mereka yang melakukan kesalahan, namun lebih menjurus sebagai institusi yang bertanggungjawab untuk memulih, memimpin dan mendidik pesalah agar menjadi individu yang berdisiplin dan bert...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/13022/ http://journalarticle.ukm.my/13022/ http://journalarticle.ukm.my/13022/1/30911-95160-1-PB.pdf |
Summary: | Dalam memahami konsep kepenjaraan pada masa ini, penjara sebenarnya bukan sahaja merupakan tempat untuk menghukum mereka yang melakukan kesalahan, namun lebih menjurus sebagai institusi yang bertanggungjawab untuk memulih, memimpin dan mendidik pesalah agar menjadi individu yang berdisiplin dan bertanggungjawab setelah mereka kembali ke pangkuan masyarakat. Dalam konteks Malaysia, agenda pemulihan pesalah jenayah merupakan agenda utama kerajaan dalam usaha mengurangkan kadar jenayah. Menyedari hakikat ini, kerajaan melalui Pelan Hala Tuju Transformasi telah memberikan penekanan terhadap kepentingan memperbaik program pemulihan dalam penjara untuk mengurangkan kecenderungan kesalahan berulang. Penulisan yang menggunakan pendekatan kualitatif ini akan menjelaskan tentang program pemulihan di dalam penjara yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia ke atas pesalah jenayah yang menjalani hukuman penjara. Penulisan dibuat dengan merujuk dokumen berkaitan modul pemulihan serta temu bual pakar. Penulisan ini penting bagi mengetengahkan pengalaman Jabatan Penjara Malaysia dalam membangun dan melaksanakan modul pemulihan di dalam penjara. Kajian mendapati bahawa pembangunan modul pemulihan bagi pesalah jenayah yang menjalani hukuman penjara adalah seimbang dengan mengambil kira aspek pemulihan fizikal, mental, sikap, akhlak dan rohani. |
---|