Hubungan antara status mood dan fungsi kognitif dalam kalangan warga emas yang mempunyai kecelaan kognitif ringan

Terdapat beberapa bukti menyatakan bahawa status mood mampu mempengaruhi fungsi kognitif dari segi ingatan episodik, ingatan kerja dan penyelesaian masalah. Kajian ini dijalankan untuk menilai hubungan antara status mood dan fungsi kognitif dalam kalangan warga emas yang mempunyai Kecelaan Kognitif...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Lau, Huijin, Hanis Mastura Yahya, Suzana Shahar, Nor Fadilah Rajab, Normah Che Din
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12975/
http://journalarticle.ukm.my/12975/
http://journalarticle.ukm.my/12975/1/24049-77048-1-PB.pdf
Description
Summary:Terdapat beberapa bukti menyatakan bahawa status mood mampu mempengaruhi fungsi kognitif dari segi ingatan episodik, ingatan kerja dan penyelesaian masalah. Kajian ini dijalankan untuk menilai hubungan antara status mood dan fungsi kognitif dalam kalangan warga emas yang mempunyai Kecelaan Kognitif Ringan (MCI). Kajian ini melibatkan 12 orang lelaki dan 37 orang wanita dari Lembah Klang yang berusia 60 tahun ke atas. MCI ditakrif berdasarkan kriteria yang dicadangkan oleh Peterson. Fungsi kognitif subjek dinilai dengan menggunakan ujian Mini Mental State (MMS), Rey Auditory Verbal Learning (RAVL), Digit Span, Digit Symbol Substituition (DSS) dan Visual Reproduction; Manakala status mood termasuk ketegangan, kemurungan, kemarahan, kecergasan, penghargaan diri, keletihan dan kekeliruan dinilai melalui soal selidik Profile of Mood States (POMS). Jumlah skor subskala positif dan negatif serta jumlah gangguan mood (Total Mood Disturbance) juga dikira. Hasil kajian ini menunjukkan korelasi positif antara ketegangan (r = 0.325, p = 0.30), kecergarsan (r = 0.235, p = 0.036) dengan ingatan episodik lisan yang dinilai dengan ujian RAVL. Di samping itu, korelasi positif juga dapat diperhatikan antara kecergasan (r = 0.228, p = 0.035) dan skor subskala positif (r = 0.237, p = 0.025) dengan ujian DSS yang menilai kelajuan pemprosesan kognitif. Ujian regresi berganda juga menunjukkan bahawa subjek mempunyai penghargaan diri yang tinggi [OR = 0.390, 95% CI [0.069-0.711], p = 0.019) dan ketegangan (OR = 0.253, 95% CI [0.075-0.431) p = 0.007) mempunyai ingatan episodik yang lebih baik. Skor subskala positif yang lebih tinggi juga mempunyai berhubungkait dengan kelajuan pemprosesan kognitif yang lebih pantas (OR = 0.856, 95% CI [0.099-1.614], p = 0.028). Kesimpulannya, warga emas yang mempunyai mood yang lebih positif adalah lebih cenderung kepada ingatan jangka pendek yang lebih baik dan kelajuan pemprosesan yang lebih cekap.