Bencana banjir dan tahap pengetahuan penduduk terhadap pengurusan banjir di Serian, Sarawak
Bencana banjir merupakan fenomena yang terjadi samada secara mengejut atau tiba-tiba mahupun secara berperingkat atau mengambil masa. Oleh itu, tahap kesiapsiagaan penduduk dari masa ke semasa adalah penting bagi memastikan tahap risiko dan impak bencana banjir dapat dikurangkan. Artikel ini menghuj...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12570/ http://journalarticle.ukm.my/12570/ http://journalarticle.ukm.my/12570/1/22233-63939-1-PB.pdf |
Summary: | Bencana banjir merupakan fenomena yang terjadi samada secara mengejut atau tiba-tiba mahupun secara berperingkat atau mengambil masa. Oleh itu, tahap kesiapsiagaan penduduk dari masa ke semasa adalah penting bagi memastikan tahap risiko dan impak bencana banjir dapat dikurangkan. Artikel ini menghujahkan bahawa aspek pengurusan banjir di Sarawak memerlukan pengetahuan penduduk terhadap punca, proses dan kesan bagi mengurangkan risiko banjir terhadap mereka. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menilai tahap pengetahuan penduduk mengenai risiko, bahaya dan bencana banjir; mengkaji punca, proses dan kesan berlakunya bencana banjir dari sudut perspektif penduduk. Malah, kajian turut mengenalpasti pandangan dan cadangan bagi mengurangkan risiko dan kesan bencana banjir ke atas penduduk. Kawasan kajian memfokus kepada Daerah Serian, Sarawak. Kaedah kaji selidik telah digunakan dan hasil kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif (peratusan, sisihan piawai, min dan mod) serta inferensi (perbandingan min). Hasil kajian mendapati majoriti penduduk mempunyai pengetahuan terhadap risiko, bahaya dan bencana banjir. Kebanyakan penduduk juga didapati peka akan punca, proses dan kesan berlakunya banjir di Serian, Sarawak. Mereka sedar akan aktiviti pembangunan yang berlaku di sekeliling mereka di samping peka akan masa surutnya banjir dan kemungkinan untuk air naik sekiranya hujan lebat berterusan melanda kawasan masing-masing. Selain itu, penduduk juga cenderung untuk melakukan penyesuaian terhadap kejadian banjir di samping memberikan cadangan dalam mengurangkan risiko dan impak bencana tersebut ke atas mereka. |
---|