Analisis sosiologikal terhadap makna Legenda Monsopiad: perspektif etnik Kadazandusun

Kertas kerja ini menganalisis pembentukan identiti etnik secara sosiologikal melalui legenda kepahlawanan Monsopiad yang mencorakkan identiti ‘head-hunting’ masyarakat Kadazandusun. Catatan etnografi kolonial Barat berdasarkan pengalaman misionari Kristian menginterpretasi ritual dan amalan pemburua...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Noviatin Syarifuddin, Mimi Hanida Abdul Mutalib
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12534/
http://journalarticle.ukm.my/12534/
http://journalarticle.ukm.my/12534/1/20257-57852-1-PB.pdf
Description
Summary:Kertas kerja ini menganalisis pembentukan identiti etnik secara sosiologikal melalui legenda kepahlawanan Monsopiad yang mencorakkan identiti ‘head-hunting’ masyarakat Kadazandusun. Catatan etnografi kolonial Barat berdasarkan pengalaman misionari Kristian menginterpretasi ritual dan amalan pemburuan kepala sebagai norma yang bercanggah dengan sifat ketamadunan manusia. Sebagai etnik majoriti di Pantai Barat Sabah, komuniti menganggap legenda Monsopiad adalah pangazou (pahlawan) yang memiliki citra keperibadian mulia dan seharusnya dikekalkan dalam sejarah etnik. Justeru, tujuan utama kertas kerja ini ditulis ialah untuk menganalisis makna legenda Monsopiad daripada perspektif etnik Kadazandusun. Penelitian dijalankan di daerah Penampang dengan mengaplikasi pendekatan fenomenologi. Teknik pengumpulan data melalui kaedah pemerhatian tidak turut serta dan temubual secara mendalam telah dijalankan ke atas lapan orang informan yang dipilih menerusi pensampelan bertujuan. Paradigma penyelidikan ontologi idealis diaplikasi untuk memperolehi pengetahuan tentang legenda Monsopiad daripada realiti sosial etnik Kadazandusun. Pendekatan epistemologi sosial konstruktivisme diaplikasi untuk mendeskripsi makna legenda daripada pengalaman harian informan kajian. Hasil kajian mendapati penelitian tentang makna legenda Monsopiad diinterpretasikan sebagai simbol kegagahan dan keberanian nenek moyang zaman dahulu, keyakinan terhadap semangat spiritual, kesuburan alam semesta dan simbol kelangsungan hidup keturunan Monsopiad.