Faktor pengetahuan amalan batas aurat dan pergaulan remaja perempuan SMK Titingan Tawau Sabah
Gejala sosial berkait rapat dengan masalah penjagaan batas aurat dan pergaulan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor yang mendorong pengetahuan dan pengamalan batas aurat dan pergaulan remaja perempuan di SMK Titingan Tawau Sabah. Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan. Kajian ini me...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12485/ http://journalarticle.ukm.my/12485/ http://journalarticle.ukm.my/12485/1/28917-89330-2-PB.pdf |
Summary: | Gejala sosial berkait rapat dengan masalah penjagaan batas aurat dan pergaulan. Kajian
ini bertujuan untuk menganalisis faktor yang mendorong pengetahuan dan pengamalan
batas aurat dan pergaulan remaja perempuan di SMK Titingan Tawau Sabah. Reka
bentuk kajian adalah kajian tinjauan. Kajian ini melibatkan remaja perempuan yang
berumur 13, 14 dan 16 tahun. Pengumpulan data melalui instrumen borang soal selidik
dan diproses menggunakan perisian komputer Statistical Package for Social Science
(SPSS) version 22. Data dianalisis secara statistik deskriptif dalam bentuk kekerapan,
peratusan dan min. Hasil kajian faktor pengetahuan dan pengamalan batas aurat dan
pergaulan remaja perempuan SMK Titingan Tawau Sabah menunjukkan, faktor guru
dan ibu bapa/penjaga adalah tinggi berbanding faktor diri sendiri dan rakan berdasarkan
min item faktor tertentu. Kajian ini mencadangkan agar pihak guru, ibu bapa/penjaga
dan pihak berwajib memberi perhatian kepada kerohanian diri remaja dalam membina
akidah yang mantap, serta keperibadian remaja muslim cemerlang kerana faktor diri
sendiri adalah faktor penting dalam menjaga batas aurat dan pergaulan. |
---|