Makanan ‘berangin’ dan ‘berbisa’ dalam peribahasa Melayu: analisis semantik inkusitif
Gastronomi ialah pengkajian berkaitan dengan makanan dan amalan pemakanan yang baik (good eating). Makanan bukan sahaja penting untuk hidup, tetapi turut mempunyai pengaruh dalam menyampaikan mesej yang jelas. Dalam konteks budaya Melayu, elemen yang terdapat dalam gastronomi jelas dapat dilihat d...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12453/ http://journalarticle.ukm.my/12453/ http://journalarticle.ukm.my/12453/1/jatma-2018-0601-03.pdf |
Summary: | Gastronomi ialah pengkajian berkaitan dengan makanan dan amalan pemakanan yang baik (good eating). Makanan
bukan sahaja penting untuk hidup, tetapi turut mempunyai pengaruh dalam menyampaikan mesej yang jelas. Dalam
konteks budaya Melayu, elemen yang terdapat dalam gastronomi jelas dapat dilihat dalam peribahasa Melayu. Tumpuan
analisis ini adalah peribahasa yang menunjukkan pengaruh makanan yang berunsur sejuk dan bisa. Contohnya, labu
mewakili makanan berunsur angin dan keli mewakili makanan berunsur bisa. Data peribahasa Melayu dikumpulkan
daripada pangkalan data www.malaycivilization.com UKM dan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Kajian ini
menerapkan pendekatan rangka rujuk silang (RRS) dan semantik inkuisitif dalam penganalisisan data. Data yang
diperoleh diperkukuh dengan hasil janaan data korpus yang menunjukkan persamaan antara konsep dan ciri-ciri
yang dibawa oleh makanan yang berunsur ‘angin-bisa’ khususnya yang berkaitan tingkah laku penuturnya. Hasil
kajian mendapati peribahasa berkaitan makanan berunsur angin seperti labu mempunyai tingkah laku ‘sombong’
dan’ bermegah’. Sementara makanan berunsur bisa seperti ikan keli menunjukkan tingkah laku ‘merungut-rungut’
dan ‘curang’. Kajian berlandaskan korpus dan semantik inkuisitif ini telah berjaya membuktikan bahawa wujudnya
hubungan antara makanan dan rupa objek dengan unsur-unsur makanan, khususnya unsur angin dan bisa. Gabungan
data, teori, falsafah dan budaya telah dapat menghasilkan huraian makna dalam peribahasa Melayu, yang akhirnya
mencerminkan akal budi penuturnya, khususnya berkaitan gastronomi Melayu. |
---|