Penghayatan agama (religiosity) dan praktis keusahawanan: analisis implikasi dalam pembangunan usahawan Melayu

Sejarah telah membuktikan bahawa keberkesanan perlaksanaan sesebuah sistem ekonomi mempunyai hubungkait yang rapat dengan sentimen dan aspirasi masyarakat yang terbabit. Keghairahan dan ketinggian motivasi sesebuah masyarakat dalam bidang ekonomi sangat ditentukan oleh pola berfikir, kepercayaan, bu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Solahuddin Abdul Hamid, Mohd Sobhi Ishak, Mohd Nizho Abdul Rahman, Mohd Akram Dato’ Dahaman @Dahlan, Hydzulkifli Haji Hashim
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12448/
http://journalarticle.ukm.my/12448/
http://journalarticle.ukm.my/12448/1/IMAN-2017-0503-05.pdf
Description
Summary:Sejarah telah membuktikan bahawa keberkesanan perlaksanaan sesebuah sistem ekonomi mempunyai hubungkait yang rapat dengan sentimen dan aspirasi masyarakat yang terbabit. Keghairahan dan ketinggian motivasi sesebuah masyarakat dalam bidang ekonomi sangat ditentukan oleh pola berfikir, kepercayaan, budaya dan sistem nilai yang terangkum dalam pandangan semesta (worldview) sesebuah masyarakat. Agama mendominasi pandangan semesta melalui pelbagai sifat (atribusi) kerohanian serta berkeupayaan mempengaruhi tingkahlaku dan orientasi sesuatu masyarakat kerana ia merupakan suatu cita-cita yang ingin dicapai oleh setiap individu. Dalam artikel ini, pola perkaitan antara penghayatan agama (religiosity) dengan pembangunan usahawan Melayu dibuktikan melalui kajian terhadap pelbagai bentuk penulisan dan kajian yang telah dilakukan sebelum ini. Hasil kajian mendapati, kejayaan dan kegemilangan yang dihasilkan dalam Tamadun Melayu sebelum ini bukanlah berlaku secara kebetulan, sebaliknya ia juga turut dipengaruhi oleh agama Islam yang menjadi asas unggul dalam memperkukuhkan hubungan tersebut. Agama adalah jati diri bagi seluruh umat Islam sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak dalam beragama serta dalam suasana majoriti atau minoriti. Kecemerlangan dan keunggulan sesuatu bangsa hanya mungkin tercapai menerusi penghayatan nilai-nilai agama dan budaya sendiri. Manakala komitmen dalam keagamaan adalah bukti dan pernyataan identiti seseorang Muslim