Pembelajaran Bahasa Melayu dalam era globalisasi: kajian penggunaan translanguaging

Dalam konteks pendidikan dwi-bahasa yang berpusatkan bahasa Inggeris dan perancangan bahasa yang berpaksikan bahasa Mandarin, Singapura menghadapi cabaran getir dalam bukan sahaja melestarikan bahasa Melayu, tetapi menentukan kewujudan berterusan bahasa tersebut dalam konteks sebuah negara kosmopoli...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohamed Aidil Subhan Mohamed Sulor
Format: Article
Language:English
Published: Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12445/
http://journalarticle.ukm.my/12445/
http://journalarticle.ukm.my/12445/1/IMAN-2017-0503-02.pdf
Description
Summary:Dalam konteks pendidikan dwi-bahasa yang berpusatkan bahasa Inggeris dan perancangan bahasa yang berpaksikan bahasa Mandarin, Singapura menghadapi cabaran getir dalam bukan sahaja melestarikan bahasa Melayu, tetapi menentukan kewujudan berterusan bahasa tersebut dalam konteks sebuah negara kosmopolitan. Banci penduduk 2015 menunjukkan peratusan keluarga Melayu menggunakan bahasa Melayu di rumah semakin menurun dibandingkan dengan penggunaan bahasa Inggeris (www.singstat.gov.sg) Untuk mengatasi masalah ini, Kementerian Pendidikan Singapura melalui Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang telah memberi geran kajian untuk meninjau penggunaan bahasa lazim (bahasa yang sering digunakan pelajar – bahasa Inggeris) untuk mencapai objektif pembelajaran bahasa sasaran (bahasa yang hendak dipelajari – bahasa Melayu). Kertas kerja ini meninjau konsep pembelajaran bahasa dengan menggunakan pendekatan translanguaging di sebuah sekolah rendah di Singapura. Pengkaji akan menjelaskan konsep translanguaging serta pengimplementasiannya dalam kelas tersebut. Selain daripada itu, kertas kerja ini juga akan menjelaskan cabaran yang dihadapi serta saranan untuk meluaskan penggunaan pendekatan ini dalam konteks penggunaan bahasa Melayu terhadap mereka yang lebih fasih berbahasa Inggeris. Kajian awal menunjukkan pencapaian pemahaman semakin meningkat apabila bahasa lazim pelajar digunakan dalam pembelajaran bahasa sasaran.