Kanak-kanak belajar membaca menggunakan buku cerita dwibahasa
Dalam sistem pendidikan Singapura, dua bahasa wujud secara berasingan: bahasa Inggeris bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains manakala bahasa Ibunda dipelajari sebagai satu mata pelajaran. Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa pendekatan ini, dalam suasana ke...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institue of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12439/ http://journalarticle.ukm.my/12439/ http://journalarticle.ukm.my/12439/1/IMAN-2017-0502-03.pdf |
Summary: | Dalam sistem pendidikan Singapura, dua bahasa wujud secara berasingan: bahasa Inggeris bahasa pengantar bagi semua
mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains manakala bahasa Ibunda dipelajari sebagai satu mata pelajaran. Kajian
antarabangsa menunjukkan bahawa pendekatan ini, dalam suasana kehidupan masyarakat yang di dominasi bahasa
Inggeris, bukanlah yang terbaik untuk menghasilkan pelajar yang selesa dan cekap menggunakan bahasa Ibunda di samping
bahasa Inggeris. Kadar kanak-kanak Singapura yang lebih kerap menggunakan bahasa Inggeris di rumah daripada
bahasa Ibunda telah meningkat tahun demi tahun, menjejaskan pelestarian bahasa Ibunda sebagai bahasa seharian.
Dalam usaha mengembalikan minat dan keupayaan kanak-kanak Melayu membaca dalam bahasa Melayu, kajian yang
dilaporkan dalam kertas kerja ini menyelidiki nilai strategi yang melibatkan kanak-kanak prasekolah membaca bersama
ibu bapa dan rakan sebaya dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan menggunakan buku cerita dwibahasa. Sepuluh
kanak-kanak prasekolah menyertai sesi membaca dengan ibu bapa mereka di rumah dan dengan rakan-rakan di sekolah
selama enam bulan. Analisis nota lapangan dan data temu bual menunjukkan bahawa kanak-kanak sedar akan perbezaan
binaan kata, bunyi bahasa dan ejaan antara bahasa. Penggunaan strategi merentas bahasa termasuk amalan dwibahasa
yang meliputi alih kod, terjemahan, dan pembinaan kosa kata dwibahasa. Satu kekuatan khusus buku dwibahasa ialah
perancah yang disediakan bagi membantu kanak-kanak membaca dalam bahasa yang mereka belum kuasai. Peranan
ibu bapa penting dalam memberi sokongan agar anak-anak dapat menggunakan Bahasa Ibunda dengan baik di samping
Bahasa Inggeris dalam suasana yang mana kanak-kanak ini sudah mula tidak menggunakan bahasa Ibunda dengan aktif. |
---|