Raja Ali Haji: cendekiawan ulung dan pemikir besar merentas zaman
Menerokai khazanah bangsa Melayu yang ditinggalkan oleh masyarakat terdahulu akan menemukan kita kepada pelbagai sumber keagungannya. Artikel ini akan menghuraikan sumbangan besar tokoh pemikir ulung terdahulu, iaitu Raja Ali Haji melalui kupasan dua buah karya hebatnya yang menceritakan tentang t...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institute of the Malay World and Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12438/ http://journalarticle.ukm.my/12438/ http://journalarticle.ukm.my/12438/1/IMAN-2017-0502-02.pdf |
Summary: | Menerokai khazanah bangsa Melayu yang ditinggalkan oleh masyarakat terdahulu akan menemukan kita kepada pelbagai
sumber keagungannya. Artikel ini akan menghuraikan sumbangan besar tokoh pemikir ulung terdahulu, iaitu Raja Ali
Haji melalui kupasan dua buah karya hebatnya yang menceritakan tentang tradisi pengajian bahasa Melayu berdasarkan
maksud dan matlamat pengajian bahasa yang digariskan oleh tradisi pengajian Islam, iaitu Bustan al-Katibin dan Kitab
Pengetahuan Bahasa. Bustan al-Katibin dihasilkan ketika beliau berumur kira-kira 40 tahun (1850 M), manakala Kitab
Pengetahuan Bahasa siap ditulis kira-kira lapan tahun kemudian (1858 M) walaupun dicetak hanya pada tahun 1927/1929
M, iaitu kira-kira 55/57 tahun sesudah kematian penulisnya yang dianggarkan pada tahun 1872 M. Kedua-dua karya
beliau itu mendapat reaksi yang berbeza-beza daripada para pengkaji, terutamanya pengkaji yang berlatarbelakangkan
tradisi kesarjanaan Barat. Artikel ini turut mengupas kesan dua buah karya agung itu yang mengikut U.U.Hamidy (1981)
telah diterima pakai sebagai teks rujukan dan pengajaran pada penghujung abad kesembilan belas dan awal abad kedua
puluh di madrasah dan sekolah di Kepulauan Riau, Johor dan Singapura. Di sinilah letaknya nilai dan harga yang amat
tinggi pada kedua-dua buah karya Raja Ali Haji apabila Johor-Riau-Singapura telah mencetuskan kemunculan bibitbibit
pertama karya persuratan Melayu moden pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 dalam bentuk tulisan kreatif
dan deskriptif prosa dan puisi. Demi melahirkan manusia Melayu yang berbudi bahasa yang tinggi, beradab sopan dan
berbudi pekerti yang mulia, maka Raja Ali Haji dalam Kitab Pengetahuan Bahasa menghuraikan kaedah penyemaian
adab dalam sembilan aspek pergaulan dan kegiatan hidup. |
---|