Vaksin oral universal untuk jangkitan influenza

Saban tahun, jangkitan virus influenza A telah mengakibatkan kadar kematian yang setinggi 300,000-500,000 di seluruh dunia. Biarpun terdapat agen dan vaksin anti-influenza yang berkesan terhadap jangkitan influenza, namun kadar mutasi yang tinggi dalam virus influenza A telah menyebabkan keberkesana...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yap, Wei Boon, Tan, Toong Seng, Sharifah Syed Hassan
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12229/
http://journalarticle.ukm.my/12229/
http://journalarticle.ukm.my/12229/1/22815-76557-1-PB.pdf
Description
Summary:Saban tahun, jangkitan virus influenza A telah mengakibatkan kadar kematian yang setinggi 300,000-500,000 di seluruh dunia. Biarpun terdapat agen dan vaksin anti-influenza yang berkesan terhadap jangkitan influenza, namun kadar mutasi yang tinggi dalam virus influenza A telah menyebabkan keberkesanan agen atau vaksin tersebut menurun secara mendadak dalam sesetengah individu. Keadaan ini dirumitkan lagi dengan beberapa batasan dalam proses penghasilan vaksin influenza yang sedia ada, antaranya tempoh produksi yang lama, kapasiti vaksin yang terhad dan kekurangan perlindungan bersilang terhadap subjenis virus influenza A yang berlainan. Bagi menyelesaikan isu-isu tersebut, pembangunan vaksin influenza universal berdasarkan antigen yang terpelihara seperti protein bukan struktur 1 (NS1) telah diusahakan. Protein NS1 amat terpelihara dalam kesemua subjenis virus influenza A yang telah diketahui sehingga kini, banyak dihasilkan pada permukaan sel terjangkit dan berperanan penting untuk mengekalkan kevirulenan virus. Di samping itu, sel limfosit-T sitotoksik yang aktif terhadap NS1 juga mampu mencegah perebakan jangkitan influenza dalam perumah. Bagi menghalang penyebaran jangkitan influenza dengan lebih efektif, imunisasi secara oral telah lama dicadangkan kerana kaedah ini adalah lebih mudah serta selamat malahan dapat menyasarkan virus influenza A bermula dari laluan kemasukannya. Lactobacillus telah banyak dikaji peranannya sebagai pembawa bakteria dalam pembangunan vaksin oral disebabkan ciri-ciri probiotiknya yang signifikan. Antaranya, dapat merangsang tindak balas imun di lapisan mukosa oral dan saluran pernafasan, kolonisasi tinggi pada permukaan mukosa serta keadjuvanan semula jadi yang tinggi. Dengan itu, vaksin influenza universal oral yang dihasilkan dengan menggunakan NS1 dan Lactobacillus seharusnya dikaji secara terperinci lagi dalam reka bentuk vaksin oral influenza.