Kesan penuaan ke atas kehubungan berkesan otak semasa pemprosesan persepsi pertuturan daripada perspektif pemodelan sebab dan akibat dinamik: satu kajian fMRI
Proses penuaan seringkali dikaitkan dengan kemerosotan pada sistem kognitif. Kemerosotan kognitif bermula seawal usia dua puluhan dan berterusan secara linear. Selain itu, kemerosotan kognitif juga menjadi lebih nyata dengan kehadiran hingar latar. Walau bagaimanapun, kesan penuaan ke atas mekanisme...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/12208/ http://journalarticle.ukm.my/12208/ http://journalarticle.ukm.my/12208/1/24%20Hanani%20Abdul%20Manan.pdf |
Summary: | Proses penuaan seringkali dikaitkan dengan kemerosotan pada sistem kognitif. Kemerosotan kognitif bermula seawal usia dua puluhan dan berterusan secara linear. Selain itu, kemerosotan kognitif juga menjadi lebih nyata dengan kehadiran hingar latar. Walau bagaimanapun, kesan penuaan ke atas mekanisme pemprosesan persepsi pertuturan menggunakan tugasan mengulang secara terus (FRT) dalam senyap dan hingar belum difahami dengan jelas. Dalam kajian ini, pengimejan resonans magnet kefungsian (fMRI) digunakan untuk membandingkan kesan penuaan ke atas kehubungan efektif otak yang terhasil daripada tugasan FRT ke atas subjek normal dengan empat kumpulan umur yang berlainan iaitu 20 - 29 tahun (n = 15), 30 - 39 tahun (n = 15), 40 - 49 tahun (n = 10) dan 50 - 65 tahun (n = 14). Satu siri lima perkataan yang diselang-seli dalam keadaan hingar dengan senyap diberikan secara auditori. Pemetaan statistik berparameter (SPM8) dan pemodelan dinamik penyebab (DCM10) digunakan untuk menentukan kehubungan efektif otak. Kawasan yang terlibat dalam pembinaan model kehubungan efektif otak adalah STG, HG dan PCG. Model optimum yang dipilih dalam kajian ini adalah model yang menunjukkan keseimbangan antara ketepatan dan kesukaran. Keputusan fMRI kehubungan efektif menunjukkan bahawa komunikasi antara intrahemisfera tidak berubah dengan menggunakan tugasan FRT ini apabila seseorang semakin berusia, tetapi komunikasi antara interhemisfera menjadi semakin kompleks. |
---|