Penentuan tahap kelangkaan spesies tumbuhan hutan tropika sebagai langkah pemuliharaan di Rizab Biosfera UNESCO Malaysia

Pemuliharaan spesies tumbuhan tropika biasanya terhad kepada faktor taburan spesies di peringkat rantau Asia Tenggara tanpa mengambil kira faktor julat geografi setempat, limitasi taburan spesies kepada julat habitat yang khusus dan saiz populasi di peringkat landskap. Kajian ini melibatkan perbandi...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurhanim M.N., Wan Juliana Wan Ahmad
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12186/
http://journalarticle.ukm.my/12186/
http://journalarticle.ukm.my/12186/1/04%20Nurhanim%2C%20M.N.pdf
Description
Summary:Pemuliharaan spesies tumbuhan tropika biasanya terhad kepada faktor taburan spesies di peringkat rantau Asia Tenggara tanpa mengambil kira faktor julat geografi setempat, limitasi taburan spesies kepada julat habitat yang khusus dan saiz populasi di peringkat landskap. Kajian ini melibatkan perbandingan kelangkaan spesies tumbuhan di tiga zon pengurusan Rizab Biosfera Tasik Chini (TCBR), Pahang. Tahap kelangkaan spesies dikelaskan kepada lapan sel (A–H) berdasarkan Skim Rabinowitz. Penentuan spesies yang endemik turut dilakukan berdasarkan Turner. Kajian merekodkan 771 spesies tumbuhan di TCBR. Sejumlah 600 spesies (77.8%) direkodkan sebagai spesies langka (Sel B–H) manakala selebihnya (22.2%) adalah spesies yang biasa ditemui (Sel A). Spesies yang paling langka (Sel H, 49.3%) adalah spesies dengan geografi yang terbatas, habitat yang khusus dan saiz populasi yang kecil. Sejumlah 20 spesies tumbuhan direkodkan sebagai spesies endemik. Dua daripada 20 spesies endemik tersebut ialah spesies yang biasa ditemui berdasarkan Skim Rabinowitz. Manakala, empat spesies endemik merupakan spesies langka yang mempunyai julat geografi yang meluas tetapi mempunyai habitat dan saiz populasi yang terhad (Sel D) dan 14 spesies endemik selebihnya ialah spesies yang paling langka (Sel H). Lebih kurang 76% spesies yang tidak endemik tetapi termasuk dalam kategori spesies langka. Kajian ini memberi penunjuk bahawa usaha pemuliharaan spesies pada peringkat landskap seperti TCBR perlu turut mengambil kira tahap kelangkaan setempat di samping faktor taburan spesies pada peringkat serantau.