Sintesis dan pencirian kompleks nikel(II) salfen dengan rantai sisi piperidina dan kajian interaksi dengan DNA denggi

Pembangunan model biosensor DNA berasaskan pengikatan dan interaksi kompleks logam sebagai penanda penghibridan DNA boleh digunakan untuk diagnosis awal virus denggi melalui penghibridan DNA denggi sebagai DNA sasaran. Kompleks nikel(II) salfen dengan rantai sisi piperidina berjaya disintesis dan pe...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Eda Yuhana Ariffin, Lee, Yook Heng, Tan, Ling Ling, Nurul Huda Abd Karim
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12118/
http://journalarticle.ukm.my/12118/
http://journalarticle.ukm.my/12118/1/09%20Eda%20Yuhana%20Ariffin.pdf
Description
Summary:Pembangunan model biosensor DNA berasaskan pengikatan dan interaksi kompleks logam sebagai penanda penghibridan DNA boleh digunakan untuk diagnosis awal virus denggi melalui penghibridan DNA denggi sebagai DNA sasaran. Kompleks nikel(II) salfen dengan rantai sisi piperidina berjaya disintesis dan pencirian dijalankan dengan menggunakan Spektroskopi Magnetik Nukleus (NMR), Spektroskopi inframerah (FTIR), spektrometri jisim dan kolorimetri pengimbasan pembezaan. Jenis perikatan dan interaksi antara kompleks nikel(II) salfen dengan rantai sisi piperidina dan DNA denggi dikaji dengan pentitratan DNA ultralembayung nampak. Berdasarkan spektrum ultralembayung nampak, hipokromisme dan anjakan merah (batokromisme) diperhatikan apabila kompleks nikel(II) salfen dengan rantai sisi piperidina dititratkan dengan DNA denggi menunjukkan pembentukan kompleks baru. Kompleks nikel(II) salfen dengan rantai sisi piperidina berinteraksi dengan DNA denggi secara perikatan interkalasi dengan pemalar perikatan, Kb= 4.576×105 M-1. Penemuan ini sangat berharga dalam menjadikan kompleks nikel(II) salfen sebagai penanda penghibridan bagi biosensor DNA optik untuk mengesan kehadiran virus denggi.