Penilaian semula pengukuran kuantitatif stereometri terhadap pertumbuhan sebatian antara logam bagi sambungan pateri

Pencerapan dua dimensi (2D) yang diperoleh daripada keratan rentas sampel selalunya digunakan untuk mendapatkan maklumat ketebalan lapisan sebatian antara logam (IMC). Walau bagaimanapun, pencerapan 2D amatlah terhad berbanding maklumat yang sepatutnya diperoleh daripada struktur tiga dimensi (3D)...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Maria Abu Bakar, Azman Jalar, Roslina Ismail
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/12067/
http://journalarticle.ukm.my/12067/
http://journalarticle.ukm.my/12067/1/UKM%20SAINSMalaysiana%2047%2804%29Apr%202018%2020.pdf
Description
Summary:Pencerapan dua dimensi (2D) yang diperoleh daripada keratan rentas sampel selalunya digunakan untuk mendapatkan maklumat ketebalan lapisan sebatian antara logam (IMC). Walau bagaimanapun, pencerapan 2D amatlah terhad berbanding maklumat yang sepatutnya diperoleh daripada struktur tiga dimensi (3D) sampel. Kajian ini bertujuan untuk menilai semula kaedah pengukuran lapisan IMC daripada pemerhatian 2D dengan mempertimbangkan faktor-faktor sebenar dalam bentuk 3D IMC. Nilai mod ketebalan didapati lebih mewakili nilai ketebalan IMC setelah mempertimbangkan pelbagai faktor stereometri berbanding dengan nilai purata. Ini memberikan suatu penanda aras dalam aktiviti menentukan ketebalan lapisan IMC berdasarkan pencerapan 2D daripada struktur 3D.