Pendapatan komprehensif dan nilai firma: peranan jawatankuasa audit

Maklumat pendapatan komprehensif lain (PKL) adalah maklumat pendapatan yang masih belum direalis namun tetap dilaporkan dalam penyata pendapatan firma. Maklumat PKL menjadi kontroversi kerana ianya sentiasa berubah, menjadikannya tidak stabil dan yang lebih kritikal adalah ianya belum direalis. Namu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nirazmilah Sulaiman, Zaleha Abdul Shukor
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11966/
http://journalarticle.ukm.my/11966/
http://journalarticle.ukm.my/11966/1/13062-62496-1-PB.pdf
Description
Summary:Maklumat pendapatan komprehensif lain (PKL) adalah maklumat pendapatan yang masih belum direalis namun tetap dilaporkan dalam penyata pendapatan firma. Maklumat PKL menjadi kontroversi kerana ianya sentiasa berubah, menjadikannya tidak stabil dan yang lebih kritikal adalah ianya belum direalis. Namun terkini di mana nilai saksama adalah keperluan pelaporan kewangan, maklumat PKL telah wajib dilaporkan agar pihak berkepentingan mengetahui nilai sebenar syarikat. Maka untuk meyakinkan pihak berkepentingan akan kebolehpercayaan kepada maklumat PKL ini, syarikat perlu kepada tadbir urus yang mantap termasuklah mempunyai jawatankuasa audit (JA) yang bertanggungjawab memastikan kebolehpercayaan maklumat PKL tersebut. Kajian ini meneliti peranan jawatankuasa audit (JA) di dalam hubungan antara pelaporan maklumat PKL dan nilai firma. Peranan JA dilihat secara komprehensif dan diukur menggunakan indeks keberkesanan JA yang meliputi empat dimensi iaitu komposisi, bidang kuasa, sumber daya dan ketekunan. Sampel kajian adalah 1,136 pemerhatian tahun-firma untuk tiga tahun yang terdiri daripada firma yang tersenarai di Bursa Malaysia dari tahun 2011 sehingga 2013. Data dikutip daripada pangkalan data Datastream dan laporan tahunan syarikat. Keputusan kajian menunjukkan bahawa PKL mempunyai kemampuan untuk berhubung secara positif dengan nilai firma. Manakala JA pula mempunyai tanda-tanda mampu mengukuhkan hubungan antara pelaporan PKL dan nilai firma bagi sampel kajian ini. Dapatan kajian diharap dapat memberi bukti kepada MASB dari segi kebergunaan MFRS 101 yang berkait dengan pelaporan pendapatan komprehensif dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dari segi manfaat fungsi JA dalam MCCG.