Pembangunan instrumen psikometrik menggunakan pendekatan analisis teori respons item untuk pemilihan pelajar kejuruteraan perkapalan
Kajian ini adalah untuk membangunkan, mengesahkan serta menguji ciri psikometrik bagi Inventori Saringan Personaliti Jurutera Samudera (PERJURA). PERJURA dibangunkan untuk melengkapkan proses saringan awal pemilihan pelajar Program Diploma Kejuruteraan Perkapalan (DKP) di Politeknik Malaysia. Ino...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11942/ http://journalarticle.ukm.my/11942/ http://journalarticle.ukm.my/11942/1/jqma-13-1-paper5.pdf |
Summary: | Kajian ini adalah untuk membangunkan, mengesahkan serta menguji ciri psikometrik bagi
Inventori Saringan Personaliti Jurutera Samudera (PERJURA). PERJURA dibangunkan untuk
melengkapkan proses saringan awal pemilihan pelajar Program Diploma Kejuruteraan
Perkapalan (DKP) di Politeknik Malaysia. Inovasi ini dihasilkan menggunakan pendekatan
analisis Teori Respons Item (IRT). IRT adalah satu teori pengujian moden yang
dikembangkan untuk menganalisis keseluruhan item dalam PERJURA. Model Personaliti
Lima Faktor menjadi tunjang utama bagi pengukuran personaliti diri. Konstruk Kemandirian
pula telah dibangunkan khusus berpandukan Inventori Personaliti Persekitaran Kerja.
Personaliti Kemandirian adalah pelengkap kepada penyatuan antara personaliti diri dengan
persekitaran kerja. PERJURA dibangunkan berasaskan model pembinaan ADDIE yang
melibatkan lima fasa utama. Dapatan menunjukkan sebanyak 108 item daripada 288 item
yang diuji ke atas 200 orang responden telah memenuhi kesemua keperluan IRT melalui
pengujian menggunakan Model Skala Penarafan Umum dengan bantuan perisian Xcalibre 4.2.
PERJURA mampu membantu mengenal pasti tahap keselarasan personaliti calon pelajar untuk
tujuan pemilihan. Justeru, inovasi PERJURA adalah medium terbaik dalam usaha mengangkat
martabat program kejuruteraan perkapalan di Malaysia agar setanding dengan program sama
yang ditawarkan oleh akademi latihan laut yang lebih maju di luar negara. |
---|