Analisis kes amalan hibah bersyarat di Malaysia

Hibah menjadi satu daripada instrumen pilihan masyarakat Islam di Malaysia dalam perancangan harta. Produk hibah bersyarat telah dikomersialkan oleh institusi-institusi berkaitan seperti Amanah Raya Berhad (ARB), Wasiyyah Shoppe Berhad, as-Salihin Trustee Berhad, CIMB, Tabung Haji, Amanah Saham Nasi...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Syahirah Othman, Noor Lizza Mohamed Said, Mohd Zamro Muda, Nasrul Hisyam Nor Muhamad
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11935/
http://journalarticle.ukm.my/11935/
http://journalarticle.ukm.my/11935/1/22611-67931-1-PB.pdf
Description
Summary:Hibah menjadi satu daripada instrumen pilihan masyarakat Islam di Malaysia dalam perancangan harta. Produk hibah bersyarat telah dikomersialkan oleh institusi-institusi berkaitan seperti Amanah Raya Berhad (ARB), Wasiyyah Shoppe Berhad, as-Salihin Trustee Berhad, CIMB, Tabung Haji, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Prudential BSN Takaful Berhad. Terdapat kes-kes hibah bersyarat telah diputuskan oleh Mahkamah berpandukan kitab-kitab fikah kerana setakat ini tiada lagi enakmen khusus berkaitan hibah dikanunkan di Negara ini. Justeru, disebabkan wujud kepelbagaian pandangan fuqaha’ dalam perlaksanaan hibah bersyarat, lalu wujud kepelbagaian keputusan hakim syarie ke atas kes-kes hibah bersyarat. Artikel ini bertujuan untuk melihat amalan hibah bersyarat di Malaysia melalui data-data laporan kes hibah bersyarat yang telah diputuskan di Mahkamah Tinggi Syariah. Kajian ini sebagai langkah signifikan kepada persoalan mengenai amalan hibah bersyarat di Malaysia. Seterusnya data tersebut dianalisis berdasarkan pandangan fuqaha’ dan hujah-hujah mereka. Pandangan dan ulasan hakim turut diberi pertimbangan bagi mengetahui kecenderungan mereka dalam menerima hibah bersyarat. Hasil kajian mendapati terdapat hakim-hakim syarie yang menerima hibah bersyarat berdasarkan kesahan kes hibah yang telah diputuskan.