Maqasid pengharaman pembiayaan peribadi berlandaskan bay‘ al-‘inah di Malaysia

Instrumen pembiayaan berasaskan bay‘ al-‘inah menimbulkan kontroversi dalam industri perbankan dan pembiayaan Islam. Walaupun difatwakan haram oleh Akademi Fiqh Islam OIC, Liga Muslim Sedunia, AAOIFI dan al-Azhar, namun Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Amir Fazlim Jusoh, Mat Noor Mat Zain
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11931/
http://journalarticle.ukm.my/11931/
http://journalarticle.ukm.my/11931/1/22607-67926-1-PB.pdf
Description
Summary:Instrumen pembiayaan berasaskan bay‘ al-‘inah menimbulkan kontroversi dalam industri perbankan dan pembiayaan Islam. Walaupun difatwakan haram oleh Akademi Fiqh Islam OIC, Liga Muslim Sedunia, AAOIFI dan al-Azhar, namun Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bertegas bahawa instrumen tersebut adalah harus digunakan berdasarkan pandangan al-Shafi‘i dan al-Shafi‘iyyah. Pandangan mereka hanya berdasarkan pendapat ulama dalam kita-kitab fiqh terdahulu tanpa mengambil kira realiti semasa instrumen bay‘ al-‘inah yang berkemungkinan mengandungi elemen-elemen yang dilarang. Artikel ini bertujuan menjelaskan maqasid al-shari‘ah (objektif-objektif syarak) di sebalik pengharaman instrumen tersebut melalui penggunaannya sebagai produk pembiayaan peribadi. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian dengan menggunakan metode usul al-fiqh dan kaedah fiqhiyyah. Kajian membuktikan aplikasi bay‘ al-‘inah dalam industri perbankan adalah dilarang kerana ia bertentangan dengan beberapa objektif syarak berkaitan dengan akad jual beli dan pinjaman tanpa faedah. Pelanggaran terhadap objektif-objektif berkenaan menyebabkan pengharaman instrumen bay‘ al-‘inah.