Sorotan literatur pelaksanaan wakaf tunai di Malaysia
Sektor wakaf semakin berkembang di Malaysia lebih-lebih lagi setelah konsep wakaf tunai atau wakaf melalui wang ringgit diperkenalkan. Organisasi yang berautoriti dalam sektor wakaf ialah seperti Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM), yang...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11925/ http://journalarticle.ukm.my/11925/ http://journalarticle.ukm.my/11925/1/21594-67919-1-PB.pdf |
Summary: | Sektor wakaf semakin berkembang di Malaysia lebih-lebih lagi setelah konsep wakaf tunai atau wakaf melalui wang ringgit diperkenalkan. Organisasi yang berautoriti dalam sektor wakaf ialah seperti Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM), yang menggunakan pendekatan wakaf tunai sebagai galakan kepada orang Islam untuk berwakaf. Ini memandangkan konsep ini mempunyai prospek yang luas dalam menangani masalah ekonomi yang melanda persekitaran masyarakat Muslim masa kini, khususnya di Malaysia. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengamati sumbangan sektor wakaf tunai dalam pemerkasaan ekonomi Muslim, di samping menganalisis potensi dan halatujunya dalam perkembangan ekonomi umat Islam di Malaysia. Dengan demikian, pencapaian objektif pelaksanaan wakaf tunai dapat dituntaskan. Justeru, sorotan literatur ini dilakukan untuk mengenal pasti dan meneliti tahap pelaksanaan wakaf tunai di bawah pengurusan badan berautoriti di Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Fakta dan hujah yang diperoleh daripada sumber primer dan sekunder diteliti, dinilai serta dianalisis secara deskriptif. Hasil tinjauan literatur mendapati tahap pemahaman umat Islam berkaitan wakaf tunai masih rendah. Namun begitu, setelah YWM ditubuhkan, di samping skim-skim baru yang diperkenalkan oleh badan-badan yang menguruskan wakaf, sambutan wakaf tunai semakin meningkat meskipun belum mencapai tahap yang disasarkan. Justeru, kajian ini memfokuskan aspek pelaksanaan dan potensi yang terdapat pada wakaf tunai dalam melestarikan ekonomi umat Islam di Malaysia. |
---|