Sejarah penubuhan dan perkembangan Central Lunatic Asylum Tanjong Rambutan, 1911 hingga 1941
Pengenalan perkhidmatan kesihatan mental oleh British merupakan salah satu kesan daripada perkembangan kemajuan sosioekonomi di Semenanjung Tanah Melayu. Makalah ini bertujuan mengupas sejarah penubuhan Central Lunatic Asylum Tanjong Rambutan, Perak dengan berfokus mengenai penubuhan dan perkemban...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11901/ http://journalarticle.ukm.my/11901/ http://journalarticle.ukm.my/11901/1/18305-51903-1-PB.pdf |
Summary: | Pengenalan perkhidmatan kesihatan mental oleh British merupakan salah satu kesan daripada perkembangan
kemajuan sosioekonomi di Semenanjung Tanah Melayu. Makalah ini bertujuan mengupas sejarah penubuhan
Central Lunatic Asylum Tanjong Rambutan, Perak dengan berfokus mengenai penubuhan dan perkembangan
institusi rawatan penyakit mental ini. Kajian merangkumi perbincangan seperti perkembangan pentadbiran,
bilangan pesakit mental dan kaedah rawatan yang dilaksanakan sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua
pada tahun 1941. Kajian kualitatif ini dilaksanakan melalui kaedah rujukan dan interpretasi sumber primer
yang terdiri daripada rekod-rekod kolonial di Arkib Negara Malaysia selain melaksanakan penyelidikan
lapangan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak. Hasil kajian membuktikan penubuhan Central Lunatic
Asylum Tanjong Rambutan pada tahun 1911 telah mengalami beberapa perkembangan sehingga tahun 1941
termasuklah aspek pentadbiran dan peningkatan bilangan pesakit mental yang menerima rawatan. Kajian juga
mendapati terdapat beberapa undang-undang berkaitan masalah penyakit mental telah dikuatkuasakan bagi
memastikan keberkesanaan perkhidmatan kesihatan mental di Semenanjung Tanah Melayu. Kajian ini
diharapkan dapat memberi sumbangan kepada bidang sejarah sosial terutama dalam penulisan sejarah
kesihatan era kolonial sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua. |
---|