Tahap penguasaan kemahiran bertutur Bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan penutur natif
Penguasaan berbahasa kebangsaan perlu untuk meningkatkan ilmu, kemahiran dan kompetensi seseorang murid. Kajian lepas mendapati murid bukan Melayu di Malaysia tidak cekap berbahasa Melayu. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap profesiensi kemahiran bertutur dalam kalangan murid bukan...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11838/ http://journalarticle.ukm.my/11838/ http://journalarticle.ukm.my/11838/1/169-327-1-SM.pdf |
Summary: | Penguasaan berbahasa kebangsaan perlu untuk meningkatkan
ilmu, kemahiran dan kompetensi seseorang murid. Kajian lepas mendapati
murid bukan Melayu di Malaysia tidak cekap berbahasa Melayu. Kajian
ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap profesiensi kemahiran bertutur
dalam kalangan murid bukan penutur natif. Seramai 414 orang sampel
kajian daripada 5 buah sekolah SJKC dan SJKT di Daerah Kuantan telah
dipilih. Analisis kajian menggunakan Ujian Bertutur UPBM_SR dan
borang soal selidik. Data diproses menggunakan IBMSPSS Versi 23
dengan reka bentuk tinjauan hirisan rentas. Keputusan menunjukkan
majoriti murid mendapat Tahap 4 dan sebanyak 55.7% masih tidak fasih
dalam kemahiran bertutur. Secara keseluruhan analisis menunjukkan tahap
kemahiran bertutur murid di SJK Daerah Kuantan adalah tahap sederhana.
Usaha untuk melahirkan murid yang profesien bertutur dalam bahasa
Melayu perlu dipergiat. Murid bukan Melayu wajib mempraktikkan
penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan secara berterusan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berketrampilan dalam berbahasa. |
---|