Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu melalui teknik penyoalan
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui dengan mendalam isu-isu yang berkaitan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam penyoalan Bahasa Melayu di sekolah rendah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Responden kajian ini terdiri daripada responden murid. Seramai 90 orang...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11831/ http://journalarticle.ukm.my/11831/ http://journalarticle.ukm.my/11831/1/161-311-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian ini dijalankan untuk mengetahui dengan mendalam isu-isu yang
berkaitan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam penyoalan
Bahasa Melayu di sekolah rendah. Kajian ini menggunakan pendekatan
kuantitatif. Responden kajian ini terdiri daripada responden murid. Seramai 90
orang murid dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Tampin, Negeri Sembilan dipilih
untuk menjawab kajian melalui borang soal selidik dan ujian yang dibekalkan.
Kajian ini memfokuskan pada tahap penguasaan murid dalam aspek KBAT yang
meliputi kekerapan dan keberkesanan dalam pelaksanaan KBAT serta perbezaan
amalan penyoalan KBAT dengan latar belakang responden murid. Data yang
telah dianalisis menunjukkan bahawa tahap kekerapan dan keberkesanan adalah
berada pada tahap yang tinggi, manakala tahap penguasaan murid dalam aspek
KBAT adalah memuaskan. Keputusan juga menunjukkan tidak ada perbezaan
yang signifikan antara amalan penyoalan KBAT guru dengan latar belakang
responden murid kecuali jenis sekolah murid (F(2, 87) = 9.841, p = 0.00). Maka,
para guru Bahasa Melayu di SJK perlulah menggandakan usaha dalam
menyelesaikan masalah penguasaan asas BM dalam kalangan murid agar KBAT
dapat diaplikasikan dalam PdPc dengan lebih lancar. |
---|