Konflik semiotik dan simbolik dalam hubungan ibu dan anak perempuan dalam filem seram kontemporari Melayu: kajian kes filem Senjakala
Filem seram kontemporari Melayu secara tidak langsung sering memaparkan konflik di antara hubungan ibu dan anak perempuan sebagai (representasi) konflik semiotik dan simbolik. Konflik ini sering terjadi dalam hubungan ibu dan anak perempuan dalam naratif filem seram. Pelbagai kajian telah dibuat...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11782/ http://journalarticle.ukm.my/11782/ http://journalarticle.ukm.my/11782/1/21091-63599-1-PB.pdf |
Summary: | Filem seram kontemporari Melayu secara tidak langsung sering memaparkan konflik di
antara hubungan ibu dan anak perempuan sebagai (representasi) konflik semiotik dan
simbolik. Konflik ini sering terjadi dalam hubungan ibu dan anak perempuan dalam naratif
filem seram. Pelbagai kajian telah dibuat berkenaan watak wanita dalam filem seram di
Malaysia, namun masih kurang yang menekankan kepada konflik alam semiotik dan simbolik
dalam hubungan ibu dan anak perempuan. Justeru, artikel ini akan meneliti konflik semiotik
dan simbolik dalam hubungan ibu dan anak perempuan dalam filem seram kontemporari
Melayu, Senjakala (2011) arahan Ahmad Idham. Dengan menggunakan teori feminis
psikoanalisis terutamanya konsep Abjection yang diketengahkan oleh Julia Kristeva (1982),
kaedah analisis tekstual diguna pakai untuk merungkai konflik alam semiotik dan simbolik
dalam hubungan ibu dan anak perempuan. Analisis mendapati filem ini cuba membawa lari
tanggapan tradisional ideologi patriarki bahawa semua perkara di dalam dunia ini adalah
stabil dan boleh diuruskan. Maka dengan adanya konflik semiotik dan simbolik dalam
hubungan ibu dan anak perempuan ini, ia memberi ruang kepada wanita untuk berkuasa dan
mengganggu-gugat ideologi dominan ini. Konflik semiotik dan simbolik ini membuktikan
bahawa ideologi dominan patriarki tidak sestabil seperti yang dikatakan. |
---|