Trend penggunaan bahasa samar dalam persidangan Parlimen Malaysia

Kajian ini mengkaji trend penggunaan bahasa samar oleh ahli politik dalam persidangan Parlimen Malaysia dengan mengkaji korpus Hansard Parlimen Malaysia dari tahun 1970 hingga ke tahun 1979 dan membandingkannya dengan korpus pada tahun 2000 hingga ke 2009. Kategori bahasa samar yang dikaji adalah ba...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Tan, Kim Hua, Imran Ho Abdullah, Nur Azureen Zulkifli, Shamirr Muhammad Mohd Shukor
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11770/
http://journalarticle.ukm.my/11770/
http://journalarticle.ukm.my/11770/1/19470-63584-1-PB.pdf
Description
Summary:Kajian ini mengkaji trend penggunaan bahasa samar oleh ahli politik dalam persidangan Parlimen Malaysia dengan mengkaji korpus Hansard Parlimen Malaysia dari tahun 1970 hingga ke tahun 1979 dan membandingkannya dengan korpus pada tahun 2000 hingga ke 2009. Kategori bahasa samar yang dikaji adalah bahasa samar kata hurai adjuntif dan disjuntif. Metodologi berasaskan korpus yang digunakan telah mengenalpasti kata kunci yang ketara luar biasa iaitu „sebagainya‟ dalam kategori ini, sekaligus mengesahkan kepentingan bahasa samar sebagai salah satu gaya bahasa yang signifikan dalam Parlimen. Frasa kata hurai adjuntif yang dikaji ialah „dan lain-lain‟ dan „dan sebagainya‟ manakala frasa kata hurai disjuntif pula ialah „atau sebagainya‟ dan „atau lebih‟. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat penambahan kepada trend penggunaan frasa „dan sebagainya‟ di mana fungsinya diperluas untuk membincangkan perihal isu-isu dan penyelesaian pada sekitar dekad 2000, berbanding hanya membincangkan isu semata-mata pada dekad1970-an. Fungsi frasa kata hurai disjuntif „atau lebih‟ pula didapati sangat menarik kerana ia digunakan secara meluas sekitar dekad 2000 untuk memetik akta undang-undang, satu fenomena yang tidak wujud pada dekad70-an. Secara amnya, trend penggunaan bahasa samar dari tahun 70-an ke sekitar 2000 adalah semakin meningkat, dengan kekerapan penggunaan kata hurai adjuntif lebih tinggi berbanding disjuntif berdasarkan kekerapan per juta. Trend ini diramal akan berterusan dalam persidangan Parlimen yang akan datang.