Pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri pelajar aliran pendidikan Universiti Awam
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri dalam kalangan pelajar aliran pendidikan di lima buah Universiti Awam bertaraf Universiti Penyelidikan. Sebanyak tujuh konstruk jati diri diukur, iaitu agama, ilmu, nilai, bahasa, budaya, perpaduan dan semang...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11758/ http://journalarticle.ukm.my/11758/ http://journalarticle.ukm.my/11758/1/artikel-1_Zamri-Mahamod_FPend_FINAL.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap pemahaman, penghayatan dan pengamalan jati diri dalam kalangan pelajar aliran
pendidikan di lima buah Universiti Awam bertaraf Universiti Penyelidikan. Sebanyak tujuh konstruk jati diri diukur, iaitu
agama, ilmu, nilai, bahasa, budaya, perpaduan dan semangat nasionalisme. Untuk itu, seramai 1000 orang pelajar, iaitu 200
orang bagi setiap sebuah Universiti Awam dijadikan responden kajian. Responden tersebut dipilih secara rawak mudah yang
sedang melanjutkan pengajian dalam pelbagai program pendidikan di Fakulti Pendidikan di UKM, UPM, UM, USM dan
UTM tersebut. Instrumen soal selidik digunakan untuk pengumpulan data. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi
menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar aliran
pendidikan Universiti Awam secara amnya masih mengekalkan jati diri dalam kesemua tujuh konstruk yang dikaji. Dari
segi pemahaman, penghayatan dan pengamalan, hanya aspek bahasa sahaja yang berada pada tahap masih kekal jati diri,
manakala enam jati diri lain yang dikaji (agama, ilmu, nilai, budaya, perpaduan dan semangat nasionalisme) berada pada
tahap kekal (kukuh) jati diri mereka. Pelajar UM merupakan pelajar yang paling kurang pemahaman, penghayatan dan
pengamalan jati diri bahasa Melayu mereka berbanding pelajar Universiti Awam yang lain . Pelajar USM merupakan pelajar
yang paling kekal jati diri mereka dari segi pemahaman, penghayatan dan pengamalan bagi kesemua tujuh konstruk yang
dikaji. Implikasi kajian ini adalah bakal guru pelatih di Fakulti Pendidikan, Universiti Awam dan Institut Pendidikan Guru
perlu diukur tahap jati diri mereka sebelum diterima masuk dalam progran pendidikan. |
---|