Kaedah penterjemahan kata abstrak ‘yuqi zhuci tipikal’ ke dalam Bahasa Melayu
Yuqi zhuci ialah kata abstrak yang mendukung fungsi tatabahasa dan lazimnya digunakan pada penghujung ayat. Ia mempunyai pelbagai fungsi yang mempengaruhi makna teks. Makalah ini bertujuan mengenal pasti dan menghuraikan kaedah penterjemahan yang digunakan oleh penterjemah dalam menangani penterj...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11645/ http://journalarticle.ukm.my/11645/ http://journalarticle.ukm.my/11645/1/16413-57787-1-PB.pdf |
Summary: | Yuqi zhuci ialah kata abstrak yang mendukung fungsi tatabahasa dan lazimnya digunakan
pada penghujung ayat. Ia mempunyai pelbagai fungsi yang mempengaruhi makna teks.
Makalah ini bertujuan mengenal pasti dan menghuraikan kaedah penterjemahan yang
digunakan oleh penterjemah dalam menangani penterjemahan yuqi zhuci dalam terjemahan
bahasa Cina - bahasa Melayu. Untuk tujuan analisis, kajian ini memanfaatkan definisi yuqi
zhuci oleh Zhang Bin, pengkategorian yuqi zhuci oleh Shao Jingmin, fungsi dan
pengkategorian yuqi zhuci tipikal dalam ayat bahasa Cina oleh Zhang Bin (2010) serta
kaedah penterjemahan yuqi zhuci yang digagaskan oleh Liu Xu (2005). Analisis kajian ini
bersifat deskriptif dan berdasarkan konteks ayat. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa
kaedah penyambungan, penggabungan dan penukaran struktur ayat dapat digunakan untuk
menyalin fungsi yuqi zhuci tipikal daripada teks sumber dalam bahasa Cina kepada teks
sasaran dalam bahasa Melayu. Kaedah penterjemahan serangkai, iaitu gabungan mana-mana
daripada tiga kaedah yang digagaskan oleh Liu Xu juga boleh digunakan. Faktor penentuan
kaedah penterjemahan yuqi zhuci ialah fungsi yuqi zhuci tipikal dalam teks sumber, konteks
cerita, niat penutur dan ketepatan nada penutur. Selain itu, dapatan kajian turut
mencadangkan supaya penjenisan ayat yang mengandungi yuqi zhuchi oleh Zhang Bin (2010)
boleh ditambahkan satu jenis ayat lagi, iaitu ayat elipsis. Fungsi tatabahasa yuqi zhuci
ternyata mendukung peranan yang penting dalam penyampaian makna dan mesej dalam teks,
lantas item linguistik ini perlu ditangani dengan baik dalam penterjemahan. |
---|