Asimilasi homorganik nasal dialek Melayu Saribas
Dialek Melayu Saribas merupakan salah satu sub dialek utama dialek Melayu Sarawak yang dipertuturkan di Malaysia timur. Dialek Melayu Saribas memperlihatkan tingkah laku fonologi yang agak berbeza berbanding dialek-dialek Melayu di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menghuraikan asimilasi homor...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11635/ http://journalarticle.ukm.my/11635/ http://journalarticle.ukm.my/11635/1/15601-52953-1-PB.pdf |
Summary: | Dialek Melayu Saribas merupakan salah satu sub dialek utama dialek Melayu Sarawak yang
dipertuturkan di Malaysia timur. Dialek Melayu Saribas memperlihatkan tingkah laku
fonologi yang agak berbeza berbanding dialek-dialek Melayu di Malaysia. Kajian ini
bertujuan untuk menghuraikan asimilasi homorganik nasal di sempadan awalan dialek
Melayu Saribas. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengaplikasikan
kaedah-kaedah dalam kajian lapangan, iaitu kaedah senarai kata, temu bual dan rakaman
audio. Pengumpulan data linguistik dialek Melayu Saribas diperoleh daripada sepuluh orang
penutur asli dialek Melayu Saribas di Saratok, Sarawak. Data linguistik dialek Melayu
Saribas dianalisis berlandaskan geometri fitur Halle (1995). Dapatan kajian mendapati
imbuhan awalan dialek Melayu Saribas ialah nasal velar /ŋ/. Imbuhan awalan /ŋ/ sentiasa
berasimilasi dengan konsonan obstruen dan likuida kata akar yang mengikutinya untuk
membentuk asimilasi homorganik nasal. Data dialek Melayu Saribas menggambarkan dua
perilaku asimilasi homorganik nasal di sempadan awalan, iaitu asimilasi separa dan asimilasi
total. Asimilasi homorganik nasal menyebabkan segmen bersebelahan berkongsi titik
artikulasi yang sama. Interaksi fonologi ini menggambarkan asimilasi homorganik nasal
adalah bersifat sensitif kepada penyebaran fitur, iaitu kecenderungan segmen untuk
menguasai segmen bersebelahan dengan menyebarkan fiturnya dan membentuk segmen yang
mempunyai identiti yang serupa dengannya. Penelitian asimilasi homorganik nasal dalam
dialek Melayu Saribas memberikan implikasi sebagai nilai tambah kepada kajian terdahulu
selain sebagai perintis ke arah pembangunan penyelidikan ilmiah yang lebih praktikal dan
komprehensif. |
---|