Kesan pelaburan langsung asing terhadap pertumbuhan ekonomi: perbandingan antara negara berpendapatan tinggi dengan sederhana menggunakan pendekatan kointegrasi asimetri

Walaupun peranan pelaburan langsung asing (FDI) terhadap pertumbuhan ekonomi telah banyak dibahaskan, namun begitu penyelidikan perbandingan antara negara berpendapatan tinggi dengan sederhana berdasarkan pendekatan kointegrasi asimetri adalah terhad. Oleh itu, kertas ini mengkaji kesan pelaburan la...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ruziana Mohd Ghazi, Norlin Khalid, Ishak Yussof
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11621/
http://journalarticle.ukm.my/11621/
http://journalarticle.ukm.my/11621/1/jeko_51%282%29-13.pdf
Description
Summary:Walaupun peranan pelaburan langsung asing (FDI) terhadap pertumbuhan ekonomi telah banyak dibahaskan, namun begitu penyelidikan perbandingan antara negara berpendapatan tinggi dengan sederhana berdasarkan pendekatan kointegrasi asimetri adalah terhad. Oleh itu, kertas ini mengkaji kesan pelaburan langsung asing terhadap pertumbuhan ekonomi dengan membandingkan antara negara berpendapatan tinggi dengan sederhana menggunakan data siri masa dari tahun 1970 sehingga 2014. Kertas kerja ini menggunakan prosedur Johansen (1988) untuk kointegrasi simetri, manakala ujian kointegrasi ambang yang dicadangkan oleh Enders dan Siklos (2001) digunakan untuk kointegrasi asimetri. Hasil kajian mendapati keputusan asimetri menunjukkan negara-negara maju seperti Jepun dan Korea mempunyai pekali penyelarasan jangka panjang yang bersifat asimetri dan sisihan negatif bertindak lebih cepat apabila terdapat sisihan jangka panjang. Berbeza pula dapatan dengan negara sedang membangun seperti Malaysia dan Indonesia di mana pelarasan keseimbangan jangka panjang adalah bersifat simetri. Hal ini menunjukkan bahawa pekali pelarasan adalah sama tidak kira jika kesilapan keseimbangan positif atau negatif. Secara keseluruhan, keputusan kajian menunjukkan semua negara mempunyai hubungan jangka panjang antara FDI dan pertumbuhan ekonomi. Oleh itu, keputusan ini penting bagi penggubal dasar untuk memahami hubungan antara pelaburan langsung asing dengan pertumbuhan ekonomi, terutamanya berkaitan dengan kesan asimetri. Pembuat dasar perlu mengambil perhatian dengan sebarang kejutan yang akan berlaku kepada ekonomi.