Kesan geopolitik institusi multilateral dan pelaburan langsung asing Malaysia ke luar negara

Kajian ini menganalisis kesan geopolitik institusi multilateral ke atas pelaburan langsung asing Malaysia ke luar negara (DIA). Data kajian berbentuk siri selari bermula pada tahun 1998 sehingga 2015. Institusi multilateral difokuskan kepada institusi multilateral G7, BRICS dan ASEAN sahaja. Metodol...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Fairuz Md. Salleh, Wan Sallha Yusoff
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11615/
http://journalarticle.ukm.my/11615/
http://journalarticle.ukm.my/11615/1/jeko_51%282%29-7.pdf
Description
Summary:Kajian ini menganalisis kesan geopolitik institusi multilateral ke atas pelaburan langsung asing Malaysia ke luar negara (DIA). Data kajian berbentuk siri selari bermula pada tahun 1998 sehingga 2015. Institusi multilateral difokuskan kepada institusi multilateral G7, BRICS dan ASEAN sahaja. Metodologi kajian adalah berdasarkan kepada analisis kesan geopolitik secara meta-geografi iaitu dengan mengambil kira pengaruh geopolitik negara-negara keanggotaan G7, BRICS dan ASEAN secara pemilikan kuasa ketenteraan dan kuasa lembut. Aliran keluar pelaburan langsung asing digunakan sebagai pengukuran DIA. Analisis statistik kajian adalah berpandukan prosedur analisis deskripsi, ‘principle component analysis’ dan analisis regresi ‘least square & ARMA’. Hasil kajian menunjukkan bahawa wujudnya hubungan secara langsung antara kesan geopolitik institusi multilateral G7 dan BRICS ke atas kadar DIA di Malaysia. Walau bagaimanapun, hanya kuasa lembut BRICS dan G7 berhubung secara negatif dengan kadar DIA di Malaysia. Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, kajian ini mencadangkan bahawa dalam usaha menembusi pasaran global firma MNC di Malaysia perlu mengambil kira peluang dan risiko kuasa lembut yang dimiliki oleh institusi multilateral G7, BRICS dan ASEAN bagi meningkatkan kadar DIA negara.