Kepatuhan temujanji oleh pesakit di Klinik Optometri UKM

Kepatuhan temujanji pesakit merujuk kepada kebersediaan dan kebolehan pesakit untuk menghadiri temujanji yang telah ditetapkan. Kegagalan pesakit untuk berbuat demikian memberi pelbagai kesan terutamanya di klinik pengajaran seperti Klinik Optometri Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Peratus kepa...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Izzuddin Hairol, Norlaili Arif, Siti Hanisah Mohd Shariffudin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2018
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11505/
http://journalarticle.ukm.my/11505/
http://journalarticle.ukm.my/11505/1/18214-69336-1-PB.pdf
Description
Summary:Kepatuhan temujanji pesakit merujuk kepada kebersediaan dan kebolehan pesakit untuk menghadiri temujanji yang telah ditetapkan. Kegagalan pesakit untuk berbuat demikian memberi pelbagai kesan terutamanya di klinik pengajaran seperti Klinik Optometri Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Peratus kepatuhan temujanji oleh pesakit di Klinik Optometri UKM dianalisa dari September sehingga Disember 2015 dan dibahagikan mengikut jenis dan sesi klinik serta jantina dan etnik pesakit. Peratus kepatuhan temujanji adalah sekitar 60% untuk Klinik Optometri Primer. Kepatuhan meningkat ke sekitar 70% bagi klinik khas untuk pesakit bermasalah penglihatan seperti Klinik Penglihatan Terhad dan Klinik Penglihatan Pediatrik. Hari dan masa klinik tidak mempengaruhi kehadiran pesakit secara signifikan (p > 0.05). Jantina dan etnik pesakit tidak mempengaruhi kepatuhan temujanji secara signifikan tetapi pesakit berbangsa India secara konsisten menunjukkan peratus kehadiran temujanji terendah. Suatu protokol perlu dibangunkan untuk meningkatan kadar kepatuhan temujanji pesakit. Ini seterusnya dapat menambah produktiviti di kalangan kakitangan dan pelajar dan mengoptimumkan penggunaan sumber. Penerangan juga boleh diberikan kepada pesakit mengenai kos yang ditanggung oleh pihak pengurusan untuk setiap temujanji walaupun tiada sebarang caj dikenakan kepada pesakit.