Profil kecelaruan penutur natif Melayu dalam penulisan esei
Kajian ini cuba memaparkan profil kecelaruan penutur natif Melayu menerusi penggunaan kata ‘di’ dalam penulisan esei. Profil ini diserlahkan menerusi dapatan Analisis Kesalahan ke atas data kajian. Data kajian merupakan sejumlah kecelaruan penggunaan nahu iaitu penggunaan kata ‘di’ dalam penulisan e...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11449/ http://journalarticle.ukm.my/11449/ http://journalarticle.ukm.my/11449/1/14511-39997-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian ini cuba memaparkan profil kecelaruan penutur natif Melayu menerusi penggunaan kata ‘di’ dalam penulisan esei. Profil ini diserlahkan menerusi dapatan Analisis Kesalahan ke atas data kajian. Data kajian merupakan sejumlah kecelaruan penggunaan nahu iaitu penggunaan kata ‘di’ dalam penulisan esei 50 orang pelajar prasiswazah Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (KIRKHS) UIAM. Dapatan kajian menunjukkan bahawa subjek mengalami masalah kecelaruan pemikiran antara fungsi kata ‘di’ sebagai imbuhan atau kata sendi. Kecelaruan ini diklasifikasikan sebagai berpunca dari masalah ‘kesalahan’ dan juga ‘kesilapan’. Implikasi dapatan ini bukan sahaja penting kepada para pelajar untuk memahami dan mengatasi masalah kenahuan dalam penulisan mereka, malahan sangat penting kepada ahli akademik khususnya pendidik bahasa Melayu untuk memahami kewujudan masalah seperti ‘kesalahan’ dan ‘kesilapan’, dan seterusnya dapat menangani kekeliruan penggunaan kata ‘di’ dalam penulisan pelajar. Kajian ini turut memberi implikasi penting kepada polisi pendidikan bahasa Melayu di IPT dalam konteks mengekalkan martabat Bahasa Kebangsaan negara Malaysia iaitu bahasa Melayu. |
---|