Fonologi subdialek Pulau Pinang: satu kajian di Balik Pulau
Kajian ini dijalankan untuk menunjukkan inventori fonem yang terdapat dalam subdialek Pulau Pinang dan membandingkan proses-proses fonologi dalam subdialek ini dengan dialek Melayu Kedah standard. Kampung Sungai Burung, Balik Pulau di Pulau Pinang telah dijadikan sebagai kawasan kajian untuk meng...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11443/ http://journalarticle.ukm.my/11443/ http://journalarticle.ukm.my/11443/1/14450-39838-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian ini dijalankan untuk menunjukkan inventori fonem yang terdapat dalam subdialek Pulau
Pinang dan membandingkan proses-proses fonologi dalam subdialek ini dengan dialek Melayu
Kedah standard. Kampung Sungai Burung, Balik Pulau di Pulau Pinang telah dijadikan sebagai
kawasan kajian untuk mengutip data kajian ini. Kampung Sungai Burung merupakan kampung
yang paling hujung sekali di Balik Pulau. Seorang wanita yang berumur tua, tahap pendidikan
rendah, merupakan penduduk asal dan tidak pernah bermigrasi ke kampung lain telah dipilih
sebagai informan. Ramai yang beranggapan bahawa subdialek Pulau Pinang merupakan salah
satu variasi dialek Melayu Kedah, maka subdialek ini semestinya tiada perbezaan dengan dialek
Melayu Kedah. Namun berdasarkan analisis subdialek ini, penyebaran konsonan dalam dialek ini
berbeza sama sekali dengan dialek Melayu Kedah. Di samping itu, proses fonologi seperti proses
peleburan segmen rangkap dan proses asimilasi nasal-obstruen dalam subdialek ini juga berbeza
jika dibandingkan dengan ragam Kedah yang standard. Hasil kajian yang diperolehi ini
diharapkan dapat membuktikan kepada khalayak bahawa subdialek Pulau Pinang mempunyai
ciri-cirinya yang tersendiri yang membezakannya daripada subdialek Kedah yang lain dan juga
dialek Melayu Kedah standard. |
---|