Peranan whistleblowing dalam meningkatkan integriti anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM): kajian ke atas kontinjen Perak
Praktik whitsleblowing merupakan salah satu amalan positif dalam organisasi yang mampu untuk meningkatkan tahap integriti ahli-ahli dalam sesebuah organisasi. Namun begitu, praktik whistleblowing juga turut tidak dapat mengelak daripada mengundang pelbagai respon khususnya dalam kalangan ahli org...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11441/ http://journalarticle.ukm.my/11441/ http://journalarticle.ukm.my/11441/1/14448-39834-1-SM.pdf |
Summary: | Praktik whitsleblowing merupakan salah satu amalan positif dalam organisasi yang
mampu untuk meningkatkan tahap integriti ahli-ahli dalam sesebuah organisasi.
Namun begitu, praktik whistleblowing juga turut tidak dapat mengelak daripada
mengundang pelbagai respon khususnya dalam kalangan ahli organisasi itu sendiri.
Praktik sebegini turut dilihat sebagai salah satu faktor yang boleh memudaratkan
organisasi di samping mendedahkan pelapor (whistleblower) kepada beberapa bentuk
ancaman ugutan dari luar dan diskriminasi dalam organisasi. Kertas ini merupakan
satu upaya untuk melihat perkaitan antara persepsi anggota Polis Diraja Malaysia
(PDRM) Kontinjen Perak melalui peranan amalan whistleblowing terhadap persepsi
peningkatan integriti anggota. Seterusnya, mengenalpasti maksud whistleblowing dan
pengaruhnya terhadap tahap integriti anggota dalam organisasi. Kajian ini
menggunakan analisis kuantitatif berbentuk deskriptif bagi mengenalpasti corak
hubungan yang wujud antara persepsi terhadap amalan whistleblowing dengan
persepsi terhadap peningkatan integriti berdasarkan tiga pembolehubah asas iaitu
faktor demografi, tanggapan terhadap praktik whistleblowing dan kesan daripada
tindakan membuat laporan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa anggota PDRM
Perak mempunyai persepsi yang positif terhadap praktik whistleblowing yang mana
ianya dilihat perlu dilaksanakan dalam meningkatkan integriti anggota. |
---|