Pengaruh optimistik, kecekapan kendiri umum dan sokongan sosial terhadap kebahagiaan remaja miskin di Sabah
Kajian dijalankan bertujuan untuk mengkaji pengaruh optimistik, kecekapan kendiri umum, sokongan sosial dan afek positif-negatif ke atas kebahagiaan remaja miskin di Sabah. Kajian rintis dijalankan ke atas 110 remaja miskin. Terdapat lima set soal selidik yang digunakan, iaitu Extended Life Orien...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11436/ http://journalarticle.ukm.my/11436/ http://journalarticle.ukm.my/11436/1/14658-40368-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian dijalankan bertujuan untuk mengkaji pengaruh optimistik, kecekapan kendiri umum,
sokongan sosial dan afek positif-negatif ke atas kebahagiaan remaja miskin di Sabah. Kajian
rintis dijalankan ke atas 110 remaja miskin. Terdapat lima set soal selidik yang digunakan,
iaitu Extended Life Orientation Test (ELOT) mengukur optimistik, General Self-Efficacy
Scale (GSES) mengukur efikasi kendiri umum, Inventory of Socially Supportive Behaviors
(ISSB)-Short Form mengukur sokongan sosial, Positive Affective and Negative Affective
Schedule (PANAS) mengukur afek positif dan negatif, dan Oxford Happiness Questionnaire
(OHQ) mengukur kebahagiaan. Analisis kebolehpercayaan dijalankan adalah melihat kepada
pekali Cronbach Alfa menggunakan Statistical Packages of Social Science (SPSS) versi 21.
Hasil kajian mendapati bahawa Extended Life Orientation Test (ELOT) menunjukkan nilai
Cronbach Alfa 0.697, General Self-Efficacy Scale (GSES) sebanyak 0.704, Inventory of
Socially Supportive Behaviors (ISSB)-Short Form sebanyak 0.925 dan Positive Affective and
Negative Affective Schedule (PANAS) sebanyak 0.730. Manakala, bagi alat kajian pemboleh
ubah terikat Oxford Happiness Questionnaire (OHQ) menunjukkan nilai sebanyak 0.823.
Analisis inferensi mendapati sokongan sosial lebih mempengaruhi kebahagiaan remaja
miskin, iaitu sebanyak 20.2%. Dapatan juga mendapati afek positif mempunyai kesan
mediator antara hubungan optimistik dan kebahagiaan remaja miskin di Sabah. |
---|