Petunjuk penggunaan ICT dan persepsi masyarakat terhadap penggunaan ICT dalam kalangan usahawan wanita luar bandar
Pada masa kini, kebanyakan negara dunia menjadikan ICT sebagai elemen utama dalam membangunkan ekonomi masyarakat setempat. Perkembangan ICT mula diperluaskan tidak hanya terhad di kawasan bandar, malah ianyamenjadi tumpuan di kawasan luar bandar. Inisiatif kerajaan memperkenalkan Teknologi Maklum...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11402/ http://journalarticle.ukm.my/11402/ http://journalarticle.ukm.my/11402/1/16242-45537-1-PB.pdf |
Summary: | Pada masa kini, kebanyakan negara dunia menjadikan ICT sebagai elemen utama dalam membangunkan ekonomi
masyarakat setempat. Perkembangan ICT mula diperluaskan tidak hanya terhad di kawasan bandar, malah
ianyamenjadi tumpuan di kawasan luar bandar. Inisiatif kerajaan memperkenalkan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) merupakan platform terbaik untuk kaum
wanita dalam merebut peluang perniagaan dengan menggunakan teknologi untuk memasarkan produk mereka.
Melalui ICT, wanita perlu mencari peluang bagi memanfaatkan sains dan teknologi supaya lebih berdaya saing dan
tidak terpinggir dalam arus pembangunan. Kajian akan mengkaji sejauh mana penggunaan ICT dalam kalangan
masyarakat luar bandar serta menilai persepsi masyarakat luar bandar terhadap penggunaan ICT. Kajian akan
menggunakan beberapa petunjuk yang telah dikenal pasti bagi mengukur sejauh mana tahap penggunaan ICT dalam
kalangan responden. Seramai 202 responden terdiri daripada wanita luar bandar yang menjalankan aktiviti
perniagaan telah terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan 92 peratus daripada mereka menggunakan
peralatan ICT dalam menjalankan aktiviti perniagaan dan aktiviti seharian mereka. Berdasarkan petunjuk
penggunaan ICT jelas memperlihatkan bahawa ICT telah mula diterima oleh masyarakat di luar bandar. |
---|