Self-directed learning experiences of women with breast cancer: preliminary findings

Kanser payudara ialah penyakit kanser yang paling banyak dihidapi oleh wanita di Malaysia. Mempelajari dan memahami penyakit ini adalah penting bagi wanita-wanita tersebut dalam menangani situasi krisis yang dialami.Pembelajaran arahan kendiri adalah satu kaedah pembelajaran yang dapat memudahkan wa...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Zamri Mansor
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2007
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/1137/
http://journalarticle.ukm.my/1137/
http://journalarticle.ukm.my/1137/1/1.pdf
Description
Summary:Kanser payudara ialah penyakit kanser yang paling banyak dihidapi oleh wanita di Malaysia. Mempelajari dan memahami penyakit ini adalah penting bagi wanita-wanita tersebut dalam menangani situasi krisis yang dialami.Pembelajaran arahan kendiri adalah satu kaedah pembelajaran yang dapat memudahkan wanita-wanita tersebut dalam mempelajari dan memahami secara lebih mendalam tentang penyakit tersebut. Kajian ini berpandukan kepadasoalan-soalan berikut: (1) Apa yang mendorong mereka untuk terlibat dalam pembelajaran (2) Apa strategi yang digunakan dalam pembelajaran arahan kendiri mereka; dan (3) Apa cabaran yang dihadapi oleh mereka. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temubual secara mendalam (in-depth interview) untuk mendapatkan data mengenai pembelajaran wanita-wanita yang mengidap kanser payudara. Data dirakam secara verbatim, dan analisis dijalankan dengan menggunakan teknik pengkodan dan pengkategorian.Dapatan setakat ini menunjukkan bahawa terdapat tiga kategori dorongan untuk mereka terlibat dalam pembelajaran iaitu dorongan untuk mendapatkan maklumat tentang penyakit; dorongan yang berkaitan dengan keluarga; dan dorongan yang berkaitan dengan perasaan. Strategi pembelajaran utama mereka ialah menggunakan media cetak dan bertanyakan doktor. Dapatan ini masih pada peringkat awal dan beberapa lagi temubual akan diadakan untuk mendapat dapatan yang lebih konklusif. Data yang diperolehi setakat ini menunjukkan bahawa pembelajaran arahan kendiri wanita-wanita yang mengidap penyakit kanser payudara dipengaruhi oleh faktor-faktor kontekstual seperti keluarga, keyakinan terhadap doktor dan emosi