Pembelajaran abad ke-21 dan pengaruhnya terhadap sikap, motivasi dan pencapaian Bahasa Melayu pelajar sekolah menengah
Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh pembelajaran abad ke-21 terhadap sikap, motivasi, dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran abad ke-21 merupakan kemahiran pembelajaran yang penting dan sangat diperlukan oleh pelajar untuk berdaya saing pada...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11357/ http://journalarticle.ukm.my/11357/ http://journalarticle.ukm.my/11357/1/152-296-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh
pembelajaran abad ke-21 terhadap sikap, motivasi, dan pencapaian pelajar dalam
pembelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran abad ke-21 merupakan kemahiran
pembelajaran yang penting dan sangat diperlukan oleh pelajar untuk berdaya saing
pada abad ini. Kemahiran abad ke-21 dapat dikaitkan dengan pelbagai elemen
yang diperlukan pada zaman teknologi ini, iaitu meliputi kemahiran
berkomunikasi, kemahiran sains dan teknologi, kemahiran berfikir, kemahiran
interpersonal, kemahiran intrapersonal, kemahiran 3M (membaca, mengira dan
menulis), dan sebagainya. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik
sebagai instrumen kajian. Seramai 277 orang pelajar tingkatan empat aliran Sains
dan Sastera daripada tiga buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Tanah
Merah, Kelantan dipilih sebagai sampel kajian. Sampel kajian dipilih secara rawak
mudah. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif, iaitu min dan sisihan
piawai untuk melihat pengaruh pembelajaran abad ke-21 terhadap tahap sikap,
motivasi, dan pencapaian pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengaruh
pembelajaran abad ke-21 banyak memberi kesan positif kepada sikap, motivasi,
pencapaian pelajar ketika mempelajari Bahasa Melayu. Implikasi kajian ialah
pembelajaran abad ke-21 memberi kesan positif kepada sikap dan motivasi pelajar
seterusnya meningkatkan pencapaian mereka dalam pembelajaran Bahasa Melayu. |
---|