Keupayaan menggunakan KOMSAS sebagai kompetensi pengajaran guru Bahasa Melayu
Kajian mengenal pasti keupayaan guru menggunakan KOMSAS iaitu penguasaan kemahiran guru menggunakan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Implikasi kajian terhadap dasar pendidikan memberi penekanan terhadap keperluan guru dalam pengajaran Bahasa Melayu. Selain, memberi implikasi terhada...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11356/ http://journalarticle.ukm.my/11356/ http://journalarticle.ukm.my/11356/1/151-294-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian mengenal pasti keupayaan guru menggunakan KOMSAS iaitu
penguasaan kemahiran guru menggunakan bahan sastera dalam pengajaran
Bahasa Melayu. Implikasi kajian terhadap dasar pendidikan memberi penekanan
terhadap keperluan guru dalam pengajaran Bahasa Melayu. Selain, memberi
implikasi terhadap perubahan corak pengajaran guru yang berkesan, berpusat
pelajar, menarik dan menekankan kemahiran berfikir. Kajian menggunakan
teknik rawak bertujuan dan rawak mudah bagi mengumpul data guru Bahasa
Melayu sekolah menengah seluruh Sabah. Jumlah sampel kajian adalah seramai
337 responden berdasarkan Jadual PersampelanKrejcie& Morgan. Kajian ini
menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Berdasarkan kajian rintis
yang telah dijalankan ke atas 130 orang responden, nilai Cronbach Alpha bagi
kesahan instrumen yang diperoleh bagi setiap pemboleh ubah adalah masingmasing,
.965 dan .951. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 21.0. Keputusan
kajian menunjukkan tahap keupayaan guru menggunakan KOMSAS serta tahap
kompetensi pengajaran guru Bahasa Melayu adalah tinggi. Malah terdapat
hubungan yang signifikan antara keupayaan menggunakan KOMSAS dengan
kompetensi pengajaran guru Bahasa Melayu. Keputusan kajian juga
menunjukkan keupayaan menggunakan KOMSAS memberi pengaruh terhadap
kompetensi pengajaran guru Bahasa Melayu. |
---|