Tahap pengetahuan, pemahaman dan kesediaan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan kajian pengajaran
Kajian Pengajaran merupakan salah satu program yang digunakan sebagai salah satu program pembangunan profesional guru. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan, pemahaman dan kesediaan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan Kajian Pengajaran. Reka bentuk kajian ini adalah kaedah tinj...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11353/ http://journalarticle.ukm.my/11353/ http://journalarticle.ukm.my/11353/1/156-302-1-SM.pdf |
Summary: | Kajian Pengajaran merupakan salah satu program yang
digunakan sebagai salah satu program pembangunan profesional guru.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan, pemahaman dan
kesediaan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan Kajian Pengajaran.
Reka bentuk kajian ini adalah kaedah tinjauan dengan menggunakan soal
selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data kajian. Seramai 253
orang guru-guru Bahasa Melayu sekolah menengah di daerah Hulu Langat
telah dipilih sebagai responden. Data bagi kajian ini dianalisis secara
analisis deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa tahap pengetahuan dan pemahaman guru Bahasa Melayu terhadap
Kajian Pengajaran adalah tinggi dan positif. Walau bagaimanapun, tahap
kesediaan mereka untuk menjalankan Kajian Pengajaran adalah berada
pada tahap sederhana tinggi. Implikasi kajian ini ialah guru-guru Bahasa
Melayu daerah Hulu Langat mempunyai tahap pengetahuan, pemahaman
dan kesediaan yang tinggi terhadap Kajian Pengajaran. |
---|