Sains dalam kerangka Islam: perspektif amalan saintis Muslim silam
Al-Quran dan al-Sunnah merupakan penggerak dan pencetus serta pendorong terawal umat Islam agar memperkembangkan ilmu budaya Islam dalam pelbagai bidang. Ia juga berperanan dalam memotivasikan umat Islam agar berusaha meneroka dan membongkar pelbagai lapangan keilmuan yang merangkumi ilmu bertera...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11347/ http://journalarticle.ukm.my/11347/ http://journalarticle.ukm.my/11347/1/21799-62722-1-SM.pdf |
Summary: | Al-Quran dan al-Sunnah merupakan penggerak dan pencetus serta pendorong terawal
umat Islam agar memperkembangkan ilmu budaya Islam dalam pelbagai bidang.
Ia juga berperanan dalam memotivasikan umat Islam agar berusaha meneroka dan
membongkar pelbagai lapangan keilmuan yang merangkumi ilmu berteraskan akal,
sains tabii dan sains berbentuk teknikal yang pada peringkat awal perkembangannya.
Perkembangan pesat ketamadunan Islam terbukti telah menyaingi tamadun-tamadun
lain yang terdahulu. Di sini penulis menggunakan kaedah analisis kandungan yang
meneliti kerangka epistemologi sains dalam Islam. Selain itu, kaedah pensejarahan
dan perbandingan yang meneliti asal usul ilmu sains Islam serta perkaitannya.
Melalui kaedah penelitian sosiologi yang digunakan, penulis meneliti latar belakang
masyarakat yang mempengaruhi perkembangan ilmu sains Islam. Keunikan sains
Islam terletak pada sumber primer ilmunya dan penggunaan pelbagai kaedah saintifik
yang telah mencorakkan bentuk dan ciri utama sifatnya. Sains Islam adalah bersifat
mencari matlamat yang subjektif di dalam rangka kerja yang objektif. Matlamat
sains Islam termasuklah juga mencari keredhaan Allah, mementingkan kemaslahatan
ummah dan mengutamakan nilai-nilai Islam yang syumul serta adil. Keunggulan
sains Islam terhasil daripada kekuatan dalaman saintis Muslim yang menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber ilmu utama dan kegiatan intelektual mereka
yang dinamis dan kreatif serta berintegriti tinggi. |
---|