Pemikiran pasca Islamisme dalam konteks Gerakan Islam di Malaysia
Pasca Islamisme merupakan trend baharu yang timbul dalam gerak kerja politik Islam. Kemunculan pasca Islamisme selari dengan tuntutan memenuhi kehendak demokrasi. Justeru, kebanyakan gerakan Islam seluruh dunia mulai berbeza tafsiran terhadap konsep negara Islam, isu pelaksanaan undang-undang Isl...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11346/ http://journalarticle.ukm.my/11346/ http://journalarticle.ukm.my/11346/1/21798-62720-1-SM.pdf |
Summary: | Pasca Islamisme merupakan trend baharu yang timbul dalam gerak kerja politik
Islam. Kemunculan pasca Islamisme selari dengan tuntutan memenuhi kehendak
demokrasi. Justeru, kebanyakan gerakan Islam seluruh dunia mulai berbeza tafsiran
terhadap konsep negara Islam, isu pelaksanaan undang-undang Islam dan kerjasama
antara orang bukan Islam. Perkembangan trend ini melahirkan golongan Islamis
yang mulai berpendirian menyokong pendekatan pasca Islamisme dalam arena
politik Islam termasuk dalam kalangan gerakan Islam di negara ini. Objektif kajian
ini menganalisis unsur-unsur pemikiran pasca Islamisme dalam gerakan Islam
di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Kaedah pengumpulan data
menggunakan metode analisis dokumen terhadap jurnal, artikel, tesis, buku dan karya
sarjana yang membicarakan tentang pasca Islamisme dan perkembangan gerakan
Islam seluruh dunia. Manakala, analisis data menggunakan metode deskriptif dan
metode sejarah menerusi analisis kandungan. Dapatan kajian merumuskan bahawa
bukan sahaja gerakan Islam di Timur Tengah dan Asia Barat menerima pemikiran
pasca Islamisme, tetapi gerakan-gerakan Islam di Malaysia juga turut terkesan
dengan perkembangan pasca Islamisme. |
---|