Teori Maslow dan kaitannya dengan kehidupan Muslim

Teori Maslow mempunyai pengaruh yang luas dalam pelbagai aspek kehidupan manusia baik dari segi falsafah, agama, psikologi dan juga pendidikan. Teori Maslow mengemukakan lima tahap keperluan yang perlu dipenuhi oleh manusia untuk mencapai kesempurnaan hidup. Namun begitu, teori ini mempunyai kele...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nor Nazimi Mohd Mustaffa, Jaffary Awang, Aminudin Basir@Ahmad
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11344/
http://journalarticle.ukm.my/11344/
http://journalarticle.ukm.my/11344/1/21790-62699-1-SM.pdf
Description
Summary:Teori Maslow mempunyai pengaruh yang luas dalam pelbagai aspek kehidupan manusia baik dari segi falsafah, agama, psikologi dan juga pendidikan. Teori Maslow mengemukakan lima tahap keperluan yang perlu dipenuhi oleh manusia untuk mencapai kesempurnaan hidup. Namun begitu, teori ini mempunyai kelemahan dari dari sudut ketuhanan, yang mana unsur ketuhanan menjadi unsur paling utama dalam kehidupan seorang Muslim. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk membincangkan teori Maslow dan kaitannya dengan kehidupan Muslim. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan metodologi analisa dokumen dan kajian ini tidak melibatkan sebarang data atau sampel kajian. Hasil kajian menjelaskan lima tahap keperluan yang dikemukakan oleh teori Maslow mempunyai perkaitannya dengan kehidupan Muslim dalam mencapai kehidupan yang sempurna akan tetapi dasar kepada hierarki keperluan seorang Muslim perlu disandarkan kepada Allah SWT atau unsur ketuhanan. Dalam agama Islam lima tahap yang perlu dilalui oleh seorang Muslim adalah lima tahap dalam maqasid syariah yang bertepatan dengan konsep kehidupan Muslim yang terbina atas prinsip akidah, akhlak dan syariah.