Pemulihan akhlak di pusat perlindungan wanita: kajian di Baitul Ehsan dan Dar Assaadah
Dalam konteks Malaysia, masyarakat kini sememangnya sedang bergelut dengan masalah keruntuhan akhlak yang begitu membimbangkan khususnya membabitkan golongan remaja, antaranya masalah kehamilan luar nikah. Hakikatnya, perbincangan mengenai topik akhlak telah mengisi hampir satu pertiga daripada k...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11343/ http://journalarticle.ukm.my/11343/ http://journalarticle.ukm.my/11343/1/21779-62679-1-SM.pdf |
Summary: | Dalam konteks Malaysia, masyarakat kini sememangnya sedang bergelut dengan
masalah keruntuhan akhlak yang begitu membimbangkan khususnya membabitkan
golongan remaja, antaranya masalah kehamilan luar nikah. Hakikatnya, perbincangan
mengenai topik akhlak telah mengisi hampir satu pertiga daripada kandungan al-
Quran. Selain itu, matlamat Nabi Muhammad SAW diutuskan juga adalah untuk
memperbaiki akhlak manusia. Bertitik tolak dari kesedaran pelbagai pihak terhadap
keutamaan akhlak sebagaimana yang ditekankan oleh Islam, maka usaha-usaha
pemulihan akhlak kini giat dijalankan. Pusat perlindungan wanita menjadi antara
institusi penting yang diwujudkan secara khusus bagi menjalankan proses pemulihan
akhlak remaja bermasalah, sebagai contoh pusat perlindungan wanita Baitul
Ehsan (BES) dan Kompleks Dar Assaadah (KDS). Justeru, satu kajian dijalankan
bagi melihat sejauh manakah kedua-dua pusat perlindungan ini komited dalam menjalankan usaha-usaha pemulihan akhlak remaja bermasalah. Kajian kualitatif ini
menggunakan beberapa teknik pengumpulan data iaitu dokumentasi, pemerhatian
serta temu bual ke atas 6 orang kakitangan dari kedua-dua pusat perlindungan
tersebut. Hasil kajian mendapati BES dan KDS memanfaatkan tempoh perlindungan
pelatih dengan mewujudkan beberapa platform penting bagi tujuan pemulihan
akhlak iaitu penganjuran kelas pemantapan ilmu agama dan kemahiran, pelaksanaan
aktiviti berbentuk kerohanian dan ketahanan fizikal serta penguatkuasaan peraturan.
Ringkasnya, kajian juga mendapati kesemua platform yang digunakan selari dengan
konsep penyucian jiwa (tazkiyat al-nafs) sebagaimana yang disarankan oleh Islam
bagi tujuan memperbaiki akhlak manusia ke arah yang lebih baik. |
---|