Hak dan perlindungan pelarian Muslim Filipina menurut syariah dan undang-undang Malaysia: kajian di negeri Sabah
Migrasi pelarian Muslim Filipina ke Sabah telah direkodkan berlaku pada awal tahun 1970-an. Sehingga kini, kewujudan mereka telah memberikan pelbagai impak sama ada dari sudut ekonomi, politik, sosial dan keselamatan negeri Sabah. Walaupun kewujudan mereka dominan memberikan impak negatif, namun...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11339/ http://journalarticle.ukm.my/11339/ http://journalarticle.ukm.my/11339/1/21747-62590-1-SM.pdf |
Summary: | Migrasi pelarian Muslim Filipina ke Sabah telah direkodkan berlaku pada awal
tahun 1970-an. Sehingga kini, kewujudan mereka telah memberikan pelbagai
impak sama ada dari sudut ekonomi, politik, sosial dan keselamatan negeri
Sabah. Walaupun kewujudan mereka dominan memberikan impak negatif, namun
dari suatu sudut mereka merupakan golongan yang terdedah kepada ancaman
bahaya yang memerlukan kepada perlindungan. Oleh itu, makalah ini bertujuan
untuk menganalisis hak dan perlindungan terhadap golongan pelarian. Hak dan
perlindungan tersebut dibahaskan dari aspek undang-undang dan praktik Malaysia
serta dibandingkan dengan syariah Islam. Hak dan perlindungan yang ditumpukan
adalah hak mendapatkan perlindungan suaka, hak tidak dihantar pulang (nonrefoulement),
hak tidak didiskriminasikan dan hak pendidikan kanak-kanak pelarian.
Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan metode kepustakaan
melalui instrumen analisa dokumen. Dapatan menunjukkan hak dan perlindungan
golongan pelarian Filipina Muslim di Sabah masih kabur dan tidak menepati
piawaian undang-undang antarabangsa dan syariah Islam. Golongan tersebut masih berada di persimpangan dalam mendapatkan kelangsungan hidup yang lebih baik
dan terjamin. Diharapkan makalah ini dapat memberikan garis panduan kepada
penggubal dasar sesebuah negara Islam dalam berdepan dengan golongan pelarian
antarabangsa yang majoritinya melibatkan orang-orang Islam. |
---|