Konsep al-sunnah dalam rawatan penyakit

Rawatan Islam atau rawatan Nabi adalah suatu ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit fizikal dan rohani. Rawatan ini menggunakan cara-cara khusus berpandukan al-Quran dan al-Sunnah serta ijtihad para ulama. Antara rawatan Islam yang sering diamalkan oleh masyarakat adalah ruqyah. Namun masih ada sebaha...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Masruri, Jawiah Dakir, Ahamad Asmadi Sakat, Wan Nasyrudin Wan Abdullah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2017
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/11319/
http://journalarticle.ukm.my/11319/
http://journalarticle.ukm.my/11319/1/18545-52566-1-SM.pdf
Description
Summary:Rawatan Islam atau rawatan Nabi adalah suatu ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit fizikal dan rohani. Rawatan ini menggunakan cara-cara khusus berpandukan al-Quran dan al-Sunnah serta ijtihad para ulama. Antara rawatan Islam yang sering diamalkan oleh masyarakat adalah ruqyah. Namun masih ada sebahagian masyarakat yang belum boleh membezakan antara ruqyah yang berlandaskan kepada kaedah al-Sunnah dan ruqyah yang mengandungi unsur syirik. Kertas kerja ini, bertujuan bagi menghuraikan konsep ruqyah yang berpadukan kepada al-Quran dan al-Sunnah serta ijtihad para ulama. Kertas kerja ini menggunakan metodologi kepustakaan iaitu kajian yang tertumpu kepada sebahagian buku-buku tentang rawatan Islam khasnya ruqyah. Sebagai perantara dan ikhtiar bagi menyembuhkan suatu penyakit, ruqyah tidak boleh dijadikan sebagai rawatan alternatif serta diketepikan kewujudannya. Ruqyah semestinya menjadi pilihan utama seorang muslim ketika mendapat musibah suatu penyakit. Ruqyah terbahagi menjadi dua ruqyah shar'iyyah iaitu ruqyah yang sesuai dengan shariat Islam yang berpadukan al-Quran dan al-Sunnah dan ruqyah shirkiyyah iaitu ruqyah yang mengandungi unsur syirik. Ruqyah shar'iyyahdilakukan kerana beberapa tujuan. Antara tujuan ruqyah adalah menjaga kesihatan fizikal dan rohani pada diri seseorang, mengubati penyakit fizikal ataupun rohani, mendekatkan diri kepada Allah SWT.