Peranan pengurus dalam membangunkan kerjaya pekerja di institusi agama Islam di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur: satu analisis kualitatif
Berdasarkan kajian literatur pembangunan modal insan daripada perspektif Islam dan empirikal, pengurus biasanya melaksanakan dua kaedah yang sangat penting dalam membangunkan kerjaya pekerja iaitu, autonomi kerja dan mengamalkan gaya kepimpinan transformasi. Keupayaan pengurus mengamalkan kaedah...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2017
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/11316/ http://journalarticle.ukm.my/11316/ http://journalarticle.ukm.my/11316/1/18535-52548-1-SM.pdf |
Summary: | Berdasarkan kajian literatur pembangunan modal insan daripada perspektif Islam
dan empirikal, pengurus biasanya melaksanakan dua kaedah yang sangat penting
dalam membangunkan kerjaya pekerja iaitu, autonomi kerja dan mengamalkan gaya
kepimpinan transformasi. Keupayaan pengurus mengamalkan kaedah tersebut dapat
membantu meningkatkan kelakuan proaktif pekerja. Yang lebih penting, kajian yang
dilaksanakan baru-baru ini mendapati bahawa keupayaan pengurus melaksanakan
tugas dan tanggungjawab dalam membangunkan kerjaya pekerja dapat meningkatkan
kelakuan proaktif pekerja, dan keadaan ini pula boleh memberi peluang kepada pekerja untuk meningkatkan kenaikan pangkat. Meskipun sifat hubungan ini sangat
menarik, namun peranan kelakuan proaktif sebagai pembolehubah mencelah adalah
kurang diberi penekanan yang mendalam dalam kajian literatur pembangunan
kerjaya. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengukur perhubungan di antara
peranan pengurus dalam membangunkan kerjaya pekerja, kelakuan proaktif dan
kenaikan pangkat di dalam organisasi. Kaedah temubual berstruktur telah digunakan
untuk mengumpul data daripada pekerja yang berkhidmat di institusi agama Islam
di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
peranan yang dimainkan oleh pengurus dalam membangunkan kerjaya pekerja dapat
meningkatkan kelakuan proaktif pekerja. Seterusnya, ia berupaya memberi peluang
kepada untuk memperolehi kenaikan pangkat di organisasi kajian. |
---|